MALAYSIA
Kampung Angkat MADANI: Gelanggang futsal baharu pacu pembangunan belia di Chengal Lempong
Gelanggang futsal berbumbung berkenaan kini siap sepenuhnya dan sedia digunakan, dibina melalui peruntukan Kampung Angkat MADANI berjumlah RM500,000. -Foto X/@farhanfauzi_my
KUANTAN: Pembinaan gelanggang futsal berbumbung di Kampung Chengal Lempong, di sini, dijangka menjadi nadi baharu kepada aktiviti belia setempat selaras dengan aspirasi pembangunan komuniti menerusi inisiatif Kampung Angkat MADANI.
Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, berkata kemudahan berkenaan yang kini siap sepenuhnya dan sedia digunakan itu dibina melalui peruntukan Kampung Angkat MADANI berjumlah RM500,000 khusus untuk kampung berkenaan.
Beliau berkata gelanggang futsal tersebut bukan sahaja menyediakan kemudahan sukan yang lebih selamat dan kondusif, malah berperanan menyokong pembangunan aktiviti belia di peringkat kampung.
“Usaha ini merupakan antara pendekatan menyeluruh dalam memperkasa kesejahteraan sosial, pembangunan belia serta mengukuhkan daya tahan komuniti, khususnya di kawasan luar bandar,” katanya dalam perkongsian di media sosial.
Ahmad Farhan berkata inisiatif Kampung Angkat MADANI merupakan cetusan idea dan ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang memberi tumpuan kepada penambahbaikan infrastruktur asas, kemudahan awam serta pembangunan komuniti secara menyeluruh.
Beliau turut memaklumkan satu tinjauan ke tapak projek berkenaan telah diadakan bersama pasukan Komuniti MADANI Indera Mahkota, yang turut disertai Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Pahang, Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Razihan Adzharuddin, serta pasukannya.
Menurut beliau, pihak ICU Pahang telah memberi taklimat berkaitan pelaksanaan projek merangkumi fasa sebelum, semasa dan selepas kerja-kerja naik taraf dilaksanakan.
Ahmad Farhan berharap kemudahan tersebut dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh golongan belia setempat sebagai platform membudayakan gaya hidup sihat, di samping memperkukuh semangat perpaduan dan kebersamaan dalam komuniti kampung.