MALAYSIA
Kampung Sungai Baru: Identiti Melayu dijamin kekal, penduduk terima bantuan sementara - Dr Zaliha
Dr Zaliha hari ini memberikan penjelasan mengenai nasib Kampung Sungai Baru susulan projek pembangunan semula. - Gambar fail/ Bernama
PUTRAJAYA: Kerajaan memberi jaminan identiti Kampung Sungai Baru sebagai penempatan Melayu akan dikekalkan meskipun kawasan itu sedang melalui proses pembangunan semula.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa berkata, garis panduan telah ditetapkan agar pemilikan hartanah di kawasan berkenaan dimiliki majoriti orang Melayu.
Jelas Dr Zaliha, sekiranya tanah itu adalah Rizab Melayu, tiada kompromi, ia akan seratus peratus kekal milik Melayu.
“Kalau projek itu dilaksanakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), 70 peratus pemilikan perlu dipegang oleh orang Melayu.
"Bagi projek swasta pula, syaratnya ialah 40 peratus kekal milik Melayu. Kita mahu pastikan Kampung Sungai Baru terus menjadi identiti Melayu-Islam di tengah kota,” katanya dalam satu sidang media khas di Putrajaya, pada Jumaat.
Beliau turut menegaskan bahawa aspek reka bentuk pembangunan akan mengekalkan unsur warisan Melayu agar selari dengan sejarah kawasan tersebut.
“Saya juga minta supaya fasad dan reka bentuk bangunan nanti ada identiti Melayu, contohnya unsur seni bina tradisional yang menjadi lambang warisan kita,” ujarnya.
Dalam pada itu, Dr Zaliha berkata kerajaan bersama pemaju sudah menyediakan bantuan sementara bagi meringankan beban penduduk yang terkesan akibat projek pembangunan semula tersebut.
“DBKL dan pemaju menanggung kos sewa rumah sementara sehingga projek siap. Malah ada penduduk yang telah dipindahkan ke Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan rumah di bawah DBKL. Ini bagi memastikan kelangsungan hidup mereka tidak terjejas,” jelasnya.
Dr Zaliha turut menyatakan keprihatinan dan simpati terhadap sebahagian penduduk asal yang sudah meninggal dunia tanpa sempat menduduki rumah baharu kerana isu berkenaan berlarutan hampir sedekad.
"Mereka kini diwakili waris. Keadaan ini menjadi dorongan utama kerajaan untuk mempercepatkan penyelesaian projek pembangunan semula Kampung Sungai Baru.
“Saya sememangnya mahu bantu mereka. Tidak wajar rakyat kita menunggu begitu lama untuk kediaman yang lebih selesa,” tegasnya.

#Kampung Sungai Baru
#Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa
#identiti penempatan Melayu
#majoriti pemilikan Melayu