MALAYSIA
Kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan akan terus dipelihara - Hannah
Hannah bercakap kepada pemberita selepas melaporkan diri secara rasmi di kementerian hari ini. - Gambar Bernama
PUTRAJAYA: Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Hannah Yeoh memberi jaminan bahawa pemeliharaan kampung-kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan, termasuk Kampung Baru, akan terus menjadi perhatian beliau.
Ringkasan AI
Beliau berkata usaha memelihara kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan diteruskan selaras dengan komitmen kerajaan untuk mengekalkan warisan serta identiti komuniti tempatan dalam arus pembangunan bandar.
Hannah berkata rekod perkhidmatannya sebagai Ahli Parlimen Segambut membuktikan pendirian konsistennya dalam mempertahankan kepentingan kampung tradisi Melayu, termasuk Kampung Sungai Penchala.
"Mengenai komitmen saya dalam menjaga kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan, jangan risau. Rekod perkhidmatan saya boleh dirujuk. Saya Ahli Parlimen kawasan Kampung Sungai Penchala dan telah menegaskan betapa pentingnya kampung tradisi Melayu dipelihara," katanya kepada media selepas melapor diri secara rasmi bersama timbalannya Datuk Lo Su Fui, di sini hari ini.
Beliau berkata pembangunan bangunan komersial tidak sukar dilaksanakan, namun kewujudan kampung tradisi Melayu semakin terhad dan perlu dilindungi sebagai warisan serta identiti masyarakat bandar.
"Kalau hendak mencari bangunan komersial, itu mudah, tetapi kampung tradisi semakin sukar ditemui. Bagaimanapun, semua perkara perlu ditangani mengikut peruntukan undang-undang dan saya perlu mendapatkan taklimat daripada agensi berkaitan terlebih dahulu," katanya.
Mengenai isu Kampung Baru, Hannah berkata pihaknya akan mendapatkan maklumat terkini daripada Penasihat Undang-Undang serta semua pegawai terlibat sebelum sebarang pendirian atau keputusan dibuat.
Beliau berkata isu berkenaan bukan perkara baharu dan telah beberapa kali dibangkitkan serta dibahaskan di Parlimen sebelum ini.
Hannah turut memaklumkan beliau telah mengadakan perbincangan dengan Ahli Parlimen Titiwangsa Datuk Seri Johari Ghani berhubung perkara itu dan semua urusan yang telah dilaksanakan oleh bekas menteri Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa, akan diteruskan.
"Saya tidak mahu mengulas lanjut mengenai isu Kampung Baru buat masa ini. Saya mahu mendapatkan perkembangan terkini terlebih dahulu supaya perbincangan dapat dibuat secara menyeluruh sebelum sebarang keputusan diambil," katanya.
Mengenai pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT), Hannah menegaskan bahawa perkara itu tidak boleh diputuskan oleh satu parti sahaja kerana melibatkan Kerajaan Perpaduan.
"Untuk pilihan raya tempatan, jangan risau kerana ini bukan keputusan yang boleh dibuat oleh satu parti. Ini Kerajaan Perpaduan, jadi segala perkara perlu dibincangkan bersama semua parti yang mentadbir," katanya.
Dalam pada itu, Hannah menegaskan Wilayah Persekutuan mesti kekal sebagai kawasan yang selamat untuk didiami dan bekerja, bukan sahaja bagi golongan muda, malah warga emas yang memilih untuk menetap atau bersara di kawasan berkenaan.
Beliau turut menjelaskan bahawa pelantikannya tidak bermaksud pendirian menentang pembangunan, sebaliknya menyokong pembangunan yang bertanggungjawab dan mampan.
"Saya tidak pernah menentang pembangunan, tetapi saya menentang pembangunan yang tidak mampan. Di Kuala Lumpur, kita perlu peka terhadap isu hujan lebat, tanah runtuh dan banjir kilat. Apabila banjir kilat berlaku, kerosakan harta benda adalah besar," katanya sambil merujuk kepada kejadian banjir besar yang melanda ibu negara pada 2021.
Menurut Hannah, suara serta kebimbangan komuniti setempat perlu diberi perhatian sewajarnya, khususnya apabila projek pembangunan berpotensi meningkatkan risiko alam sekitar.
Beliau berkata pentadbirannya akan memberi penekanan lebih besar terhadap penambahbaikan perkhidmatan asas perbandaran berbanding penganjuran acara semata-mata, bagi memastikan penduduk merasakan bayaran cukai taksiran yang dikenakan adalah berbaloi.
"Kita mahu penduduk yang membayar cukai taksiran berasa puas hati kerana keperluan asas mereka dijaga dengan baik," katanya.
Hannah turut menekankan kepentingan mematuhi undang-undang sedia ada serta kerangka perancangan, selain menegaskan Ahli Parlimen perlu dirunding sebelum kelulusan pembangunan diberikan.
"Dalam soal pembangunan, adalah penting untuk melibatkan wakil rakyat tempatan, khususnya Ahli Parlimen, kerana mereka mendengar suara penduduk dan memahami isu di peringkat akar umbi.
"Sebagai Ahli Parlimen, saya faham betapa pentingnya penglibatan mereka sebelum sebarang kelulusan diberi, terutama jika perancangan pembangunan bercanggah dengan pelan tempatan yang telah diwartakan," katanya.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Hannah Yeoh menegaskan komitmen dalam memelihara kampung tradisi Melayu di Wilayah Persekutuan, termasuk Kampung Baru, bagi mengekalkan warisan serta identiti komuniti tempatan dalam pembangunan bandar.
- Beliau menekankan perlunya melindungi kampung tradisi Melayu sebagai warisan dan identiti masyarakat bandar, serta pentingnya penglibatan wakil rakyat tempatan sebelum kelulusan pembangunan diberikan.
- Hannah Yeoh menyatakan bahawa Wilayah Persekutuan perlu kekal sebagai kawasan selamat untuk didiami dan bekerja, serta menentang pembangunan yang tidak mampan, dengan memberi penekanan kepada penambahbaikan perkhidmatan asas perbandaran demi kepuasan penduduk.