MALAYSIA
Kampus tetap Akademi Kehakiman Syariah dijangka siap 2030 - Zulkifli
Menurut Zulkifli, pembinaan kampus tersebut merupakan antara inisiatif Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sistem perundangan dan kehakiman syariah di negara ini. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Persidangan Dewan Negara hari ini dimaklumkan pembinaan kampus tetap Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) di Bandar Enstek, Negeri Sembilan dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030.
Ringkasan AI
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Hasan berkata pembinaan kampus tersebut merupakan antara inisiatif Kerajaan MADANI untuk memperkukuh sistem perundangan dan kehakiman syariah di negara ini.
"Kerajaan telah menyediakan peruntukan di bawah Rolling Plan kelima, Rancangan Malaysia Ke-12 (RP5 2024) bagi projek pembinaan kampus tetap AKSM tersebut.
"Sementara menunggu siapnya kampus berkenaan, kampus sementara AKSM telahpun beroperasi sejak 1 Julai lepas di Aras 6, Menara PJH di Putrajaya, lengkap dengan pelbagai kemudahan termasuk bilik kuliah, perpustakaan mini, surau dan dewan makan," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai jawapan kepada pertanyaan Senator Musoddak Ahmad yang ingin tahu perkembangan terkini penubuhan AKSM serta usaha untuk menambah jumlah hakim yang berlatarbelakangkan pendidikan Undang-undang Syariah di Mahkamah Sivil.
Zulkifli berkata AKSM yang ditubuhkan di bawah Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM), berperanan melahirkan pegawai perundangan dan kehakiman syariah yang berintelektual tinggi, berintegriti dan berdaya maju.
Beliau berkata sebanyak 83 program latihan dirancang untuk tahun ini, dengan 21 daripadanya dikendalikan oleh AKSM sejak mula beroperasi pada Julai lepas manakala bagi tahun hadapan, sebanyak 120 program telah dirancang.
Menjawab soalan tambahan Musoddak mengenai kemungkinan AKSM diperluaskan sebagai pusat penyelidikan dasar dan rujukan nasional termasuk berkaitan pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965, Zulkifli menyatakan bahawa peranan institusi itu berkembang secara berfasa.
"Setakat ini, fokus utama adalah melatih pegawai syariah termasuk hakim syarie, pegawai sulh, peguam syarie, penyelidik dan pegawai undang-undang syariah di Jabatan Peguam Negara.
"Namun, dari semasa ke semasa kita akan teliti peranan yang boleh diperluaskan lagi, selari dengan keperluan dan perkembangan semasa perundangan syariah," katanya.
Beliau juga memberi jaminan bahawa sebarang pindaan atau penggubalan undang-undang akan dilakukan dengan teliti berlandaskan kerangka Perlembagaan Persekutuan serta mengambil kira sensitiviti setiap negeri.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Pembinaan kampus tetap Akademi Kehakiman Syariah Malaysia (AKSM) di Bandar Enstek dijangka siap sepenuhnya menjelang 2030, dengan peruntukan di bawah RP5 Rancangan Malaysia Ke-12.
- Kampus sementara AKSM telah beroperasi sejak 1 Julai di Menara PJH, Putrajaya, dan merancang 83 program latihan tahun ini serta 120 program pada tahun hadapan.
- AKSM berperanan melatih pegawai perundangan syariah dan mungkin diperluas sebagai pusat penyelidikan dasar pada masa depan, selari dengan keperluan perundangan syariah negara.