awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Piala AFCON: Jurulatih Tunisia gesa ‘reset mental’ selepas aksi hambar peringkat kumpulan
Gol Danial Amier bantu Kuching City tewaskan Kelantan TRW 1-0
Sepanyol lihat situasi Gaza umpama malapetaka, ulangi sokongan kepada Palestin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 10 tahun ditemui lemas, terjatuh dalam bendang

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
16/04/2021
16:21 MYT
Kanak-kanak 10 tahun ditemui lemas, terjatuh dalam bendang
Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di dalam takungan air bendang di Kampung Hutan Kandis, Jelempok, dekat Arau, kira-kira jam 6.30 petang Jumaat. - Foto ihsan polis
ARAU : Seorang kanak-kanak lelaki ditemukan lemas di dalam takungan air bendang di Kampung Hutan Kandis, Jelempok, dekat Arau, kira-kira jam 6.30 petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Arau, Superitendan Nanda Maarof berkata, ketika kejadian dipercayai mangsa, Mohamad Amir Faris Rohaizad, 10, bersama adiknya, 8, dan rakan perempuan, 11, sedang mengayuh basikal melalui laluan batas bendang di kawasan berkenaan.
"Mangsa sedang berbasikal secara berasingan dengan adik dan rakannya itu dan mereka dalam perjalanan pulang ke rumah namun secara tiba-tiba, basikal yang dinaiki mangsa hilang kawalan menyebabkan mangsa tergelincir jatuh di takungan air berkenaan.
"Rakan mangsa segera pulang ke rumah mangsa untuk memaklumkan kepada keluarga mangsa mengenai kemalangan yang berlaku," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Katanya, keluarga mangsa bersama penduduk kampung segera ke tempat kejadian sebelum menemui mayat mangsa terapung di takungan air berkenaan.
Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar untuk bedah siasat.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
Topic Berkaitan
#Budak lemas
#Kanak-kanak
#air bendang
#Kampung Hutan Kandis
#Arau
#Jelempok
#Mohamad Amir Faris Rohaizad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan