KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Puncak Alam, Selangor hari ini.
Ketua Polis Daerah Sungai Buloh Supt Shafa'aton Abu Bakar berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan melibatkan anak sulung daripada tiga beradik itu kira-kira 9 pagi.
Beliau berkata berdasarkan keterangan, bapa mangsa yang berusia 30-an memaklumkan telah melihat cahaya lampu dari bilik anak lelakinya kira-kira 2 pagi tadi ketika bangun ke tandas.
"Bapa mangsa bagaimanapun tidak membuat pemeriksaan lanjut kerana menyangka anaknya sedang tidur.
"Pada 8 pagi, ketika bapa mangsa pergi ke tingkat bawah bangunan flat berkenaan untuk membeli makanan, dia melihat terdapat susuk tubuh terbaring di lokasi kejadian," katanya ketika dihubungi hari ini.
Shafa'aton berkata siasatan awal terhadap bapa mangsa mendapati kanak-kanak itu tidak menunjukkan sebarang perubahan selain tiada masalah dalam keluarga.
Beliau berkata pasukan perubatan mengesahkan kanak-kanak itu meninggal dunia di lokasi kejadian dan mayatnya dihantar ke Jabatan Unit Perubatan Forensik Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.
Katanya setakat ini kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Mar 03 2022
Polis menerima panggilan kecemasan melibatkan anak sulung daripada tiga beradik itu kira-kira 9 pagi. - Gambar hiasan
Kementerian Komunikasi kaji teknologi internet tanpa wayar di kawasan muka bumi sukar
Kementerian Komunikasi sedang mengkaji penggunaan teknologi Internet tanpa wayar Tarana, syarikat penyedia perkhidmatan akses Internet tanpa wayar, bagi menyelesaikan masalah ketiadaan Internet di kaw
AWANI Ringkas: Jalur Gemilang terbalik pada jersi Zii Jia kecuaian kritikal
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan bersorak usul pecat Yoon Suk Yeol diluluskan.
Ratusan penunjuk perasaan yang menentang pemerintahan Suk Yeol menyorak kegembiraan susulan keputusan tersebut diluluskan Parlimen pada Sabtu.
Perdana Menteri Korea Selatan, Han Duck Soo dilantik sebagai pemangku presiden.
Manakala Suk Yeol kekal memegang jawatan sebagai presiden tetapi segala tugas dan kuasa rasminya digantung.
Usul pemecatan Yoon Suk Yeol lulus buat kali kedua
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Undang-undang tentera: Parlimen Korea Selatan lulus usul untuk dakwa Yoon
Parlimen Korea Selatan pada Sabtu mengundi untuk mendakwa Presiden Yoon Suk Yeol berikutan kegagalannya dalam melaksanakan undang-undang tentera.
Penipuan dalam talian
Kes penipuan dalam talian meningkat sebanyak 23 peratus, tahun ini. Kerugian membabitkan nilai RM687 juta.
Cuaca tidak menentu akibat MTL, penduduk dinasihat patuh arahan berpindah
Aiman Athirah Sabu berkata penduduk perlu segera berpindah sekiranya diarahkan, bagi memastikan keselamatan diri dan keluarga terjamin.
Warga emas rugi hampir RM1.6 juta
Seorang warga emas kerugian hampir RM1.6 juta apabila menjadi mangsa penipuan pelaburan saham tidak wujud secara dalam talian.
Final Jelajah Dunia BWF: Sze Fei-Izzuddin layak ke perlawanan akhir buat kali pertama
Pasangan beregu profesional negara, Goh Sze Fei-Nur Izzuddin Rumsani, membawa cabaran Malaysia ke pentas akhir Kejohanan Badminton Jelajah Dunia Final.
Kanak-kanak 4 tahun maut jatuh dari tingkat 16
Polis Daerah Putrajaya menerima panggilan MERS 999 memaklumkan mengenai kejadian kanak-kanak jatuh bangunan sekitar pukul 7.50 pagi tadi.
Anak tunjuk kelakuan ganjil sebelum jatuh tingkat 11
Kanak-kanak lelaki 12 tahun yang meninggal dunia akibat terjatuh daripada tingkat 11, Rumah Pangsa Larkin, kelmarin, menunjukkan kelakuan ganjil sebelum disedari terjatuh oleh ibunya.
Kanak-kanak 11 tahun maut jatuh tingkat 4 flat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun maut dipercayai terjatuh dari tingkat empat sebuah flat di Puncak Alam, Selangor hari ini.
Kanak-kanak jatuh bangunan: Cadangan penghadang lebih tinggi perlu dikaji - KPKT
Cadangan agar pemaju projek perumahan bertingkat atau berstrata membina penghadang yang lebih tinggi bagi mengelakkan kanak-kanak terjatuh dari bangunan perlu diberi perhatian.
Polis tahan ibu saudara kanak-kanak maut terjatuh di Selayang
Wanita berumur 36 tahun itu mempunyai lima rekod jenayah lampau berkaitan dengan dadah.
Lagi kanak-kanak maut jatuh bangunan, kali ini dari tingkat 16
Sumber memberitahu, dalam kejadian pagi tadi, mangsa bersama adiknya yang berusia empat tahun dipercayai dalam jagaan ibu saudara mereka.