awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
KPDN Kelantan rampas barangan hampir RM4.7 juta sepanjang tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV

Sinar Harian
Sinar Harian
07/09/2023
01:45 MYT
Kanak-kanak 8 tahun maut dilanggar MPV
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas basikal ditunggang dirempuh MPV dalam kemalangan di Lorong 14 Kampung Padang Jaya 2 pada Rabu. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut selepas basikal ditunggang dilanggar sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) ketika cuba melintas jalan di Lorong 14 Kampung Padang Jaya 2 di sini, pada Rabu.
Dalam kemalangan kira-kira jam 6.45 petang itu, mangsa, Muhammad Azzim Imni Mohd Faizal, 8, murid Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Padang di sini disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, pemandu MPV jenis Toyota Innova, wanita berusia 33 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku ketika MPV dipandu wanita yang juga seorang peniaga itu sedang melalui lorong itu menuju ke Jalan Kampung Padang Jaya 8 untuk ke Sungai Lembing.
"Ketika tiba di lokasi kejadian, mangsa yang menaiki basikal dipercayai secara tiba-tiba melintas dari kiri ke kanan jalan untuk pulang ke rumahnya di Lorong Kampung Padang Jaya 15.
"Ekoran jarak yang terlalu dekat, pemandu MPV tidak sempat mengelak lalu terlanggar mangsa," katanya.
Wan Mohd Zahari berkata, mangsa yang meninggal dunia di tempat kejadian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) untuk proses bedah siasat.
Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#dilanggar MPV
#basikal
#Muhammad Azzim Imni Mohd Faizal
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan