awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kadar zakat fitrah N.Sembilan RM7.50, RM12 dan RM20 - MAINS
JBPM beku 80 peratus cuti pegawai, anggota pastikan kesiapsiagaan di tahap tinggi
PM Anwar mahu pelaksanaan agenda digital, AI negara dipercepat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang

Bernama
Bernama
10/01/2025
15:26 MYT
Kanak-kanak autistik tujuh tahun dikhuatiri hilang terjatuh longkang
Ahmad Aminuddin berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.30 malam tadi sebelum tiba di lokasi lima minit kemudian. - Gambar hiasan
ALOR SETAR: Seorang kanak-kanak lelaki autistik berusia tujuh tahun dikhuatiri hilang selepas dipercayai terjatuh ke dalam longkang berhampiran rumahnya di Taman Tunku Tabor, di sini, hari ini.
Ketua Zon 1 Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penguasa Kanan Bomba I Ahmad Aminuddin Abd Rahim berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 7.30 malam tadi sebelum tiba di lokasi lima minit kemudian.
"Seramai 11 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Alor Setar telah dikejarkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba dimaklumkan seorang kanak-kanak lelaki yang menghidap autisme telah hilang.
"Ibu kanak-kanak itu memaklumkan pakaian dan kasut anaknya ditemui berada di tepi longkang kira-kira 200 meter daripada rumahnya," katanya dalam kenyataan.
Beliau berkata pihaknya telah memulakan operasi mencari dan menyelamat di kawasan longkang itu yang dianggarkan sedalam satu hingga 1.5 meter.
"Longkang berkenaan bersambung dengan Sungai Kedah di belakang Muzium Negeri Kedah...operasi masih berjalan di lokasi dan maklumat selanjutnya akan disalurkan dari semasa ke semasa," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JBPM
#autistik
#lemas
#tepi longkang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan