Seorang kanak-kanak berdepan detik ngeri apabila salah satu matanya tertusuk besi pemegang tayar ganti dalam kejadian di Jalan Bayam, di sini, malam tadi.
Mata sebelah kanan kanak-kanak berusia 10 tahun itu tertusuk besi berkenaan ketika cuba mengambil tayar ganti bagi membantu bapanya menukar tayar kereta kenderaan pelbagai guna (MPV) jenis Proton Exora kira-kira jam 8.30 malam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kota Bharu, Zukeri Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan berkenaan kejadian jam 8.54 malam tadi.
Katanya, operasi menyelamat diketuai Ketua Operasi Mohd Zaidi Yahya bersama sembilan anggota dan dua jentera iaitu satu jentera LFRT dan EMRS.
"Ketika tiba di lokasi, didapati kanak-kanak itu berada di bawah kereta, bahagian belakang, dengan keadaan salah satu matanya ditembusi hujung besi pemegang tayar ganti yang tumpul," katanya ketika dihubungi.
Beliau berkata, bomba pada mulanya kelu melihat situasi cemas itu namun akhirnya bertindak memotong tapak besi berkenaan bagi mengeluarkan kanak-kanak terbabit.
Katanya, bomba terpaksa mengambil masa lebih kurang sejam bagi memotong besi itu secara berhati-hati dan membawa kanak-kanak itu ke hospital dengan keadaan besi itu masih melekat di dalam matanya.
Zukeri berkata, bomba menggunakan pemotong khas dan pencanai untuk memotong besi itu yang terletak di bahagian bawah kereta berhampiran ekzos.
Katanya, didapati hujung besi itu telah tertusuk ke mata kanak-kanak itu sedalam satu inci.
Beliau berkata, hasil maklumat awal, bapa kanak-kanak itu memberitahu dia bersama dua anaknya mahu menggantikan tayar kereta di bahagian hadapan bahagian penumpang sebelum kejadian itu berlaku.
"Mereka tidak sempat menukar tayar kereta kerana semasa kejadian bapanya berada di hadapan tayar, manakala anaknya, termasuk mangsa, cuba mengambil tayar kereta, namun secara tiba-tiba dia terkejut melihat anaknya sudah terperosok ke bawah kereta dengan keadaan matanya tertusuk besi pemegang tayar ganti," katanya.
Zukeri berkata, kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII) Kota Bharu untuk rawatan lanjut.
Vivi Sumanti
Thu Apr 02 2020
Keadaan kanak-kanak yang tertusuk matanya dengan besi pemegang tayar ganti ketika mahu membantu bapanya menukar tayar kereta dalam kejadian di Jalan Bayam, Kota Bharu, malam tadi. Gambar ihsan pembaca.
MOT terus bekerjasama dengan SPRM banteras isu integriti
MOT akan terus bekerjasama dengan SPRM bagi membanteras isu integriti melibatkan kenderaan yang tidak mematuhi standard yang diluluskan oleh Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (Puspakom).
#AWANInews
#AWANInews
MOT sedang menilai syarikat lain untuk lesen pemeriksaan kenderaan
Kementerian Pengangkutan sedang menilai permohonan syarikat lain untuk diberikan lesen untuk melaksanakan fungsi pemeriksaan berkala kenderaan bermotor secara bertauliah. #AWANInews
MAVCOM jangka trafik penumpang udara kembali kepada waktu pra-COVID
Trafik penumpang udara Malaysia dijangka akan mencapai di antara 105.8 juta hingga 112.9 juta tahun ini dan pergerakan penumpang akan kembali kepada waktu sebelum penularan COVID-19.
#AWANInews
#AWANInews
U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.
AWANI Ringkas: Tempoh perbicaraan rakyat Malaysia1501
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pelaburan KWSP dalam MAHB untuk sokong pembayaran dividen
Keputusan pelaburan KWSP termasuk aktiviti dagangan melibatkan saham MAHB adalah berdasarkan analisis menyeluruh untuk memberikan nilai kepada ahli.
Adobe Photoshop uji ciri suntingan bersama
Ciri ini berfungsi seperti Google Docs, di mana anda boleh melihat tindakan penyunting lain secara langsung.
Terbuka India: Soon Huat-Shevon Lai mara, mudah tewaskan pasangan Indonesia
Goh Soon Huat-Shevon Lai, menepati ramalan apabila menewaskan lawan dari Indonesia, Rinov Rivaldy-Lisa Ayu Kusumawati dalam Badminton Terbuka India.
Bekas jurutera rugi lebih RM9 juta terperdaya pelaburan kripto tidak wujud
Seorang bekas jurutera mendakwa kerugian RM9.47 juta selepas terpedaya dengan pelaburan mata wang kripto tidak wujud secara dalam talian, bermula Oktober tahun lepas.
SEC AS saman Musk berkaitan pengambilalihan Twitter
Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat umum bahawa ia menyaman jutawan Elon Musk berkaitan pengambilalihan Twitter.
Kenaikan harga besi bebankan pemaju, kontraktor
Harga besi yang naik sehingga 30 ke 40 peratus menyebabkan projek sedia ada terjejas dan pemaju tidak mampu untuk menanggung kerugian besar.
Wanita bunuh kucing bunting direman empat hari
Semalam Astro Awani melaporkan seorang wanita bertindak kejam apabila tergamak memukul dua ekor kucing dengan sebatang besi sehingga salah seekor daripada kucing yang sedang bunting mati.
Tiga lelaki curi besi untuk pembinaan Lebuhraya Pan Borneo diberkas
Ketiga-tiga suspek ditangkap sepasukan polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Meradong, di Jalan Pedada Sibu berdasarkan maklumat awam.
Wanita nyaris maut kereta dihempap besi menara kren
Mangsa berusia 25 tahun yang memandu kereta jenis Perodua Myvi dalam perjalanan pulang ke rumahnya.
Kanak-kanak berdepan detik ngeri, mata tertusuk besi pemegang tayar
Mata kanan kanak-kanak itu tertusuk besi berkenaan ketika cuba mengambil tayar ganti bagi membantu bapanya menukar tayar MPV jenis Proton Exora kira-kira jam 8.30 malam.
Penasihat ekonomi utama Presiden Donald Trump pula letak jawatan
Penasihat ekonomi utama Presiden Amerika Syarikat , Gary Cohn menjadi individu terbaharu berundur daripada pentadbiran Presiden Donald Trump.
Kanada, Mexico tidak terlepas tarif baharu import besi, aluminium - Trump
Amerika Syarikat menegaskan Kanada dan Mexico tidak akan dikecualikan dari tarif baharu import besi dan aluminium yang diumumkan kelmarin.
Mahu elak cukai import AS, China mungkin cari rakan dagang baharu
Langkah terbaharu AS itu akan merosakkan mekanisme perdagangan pelbagai hala yang diunjurkan Pertubuhan Perdagangan Sedunia, selain memberi kesan besar kepada perdagangan antarabangsa yang lain.
Wanita ditemui dengan usus terkeluar, batang besi disumbat dalam faraj
Mangsa diserang ketika pulang daripada pesta, dirogol beramai-ramai sebelum dikemaluannya dirodok dengan batang besi hujung minggu lalu.
Angkara dadah, anak derhaka bunuh bapa
Angkara dadah, seorang anak tergamak memukul kedua ibu bapanya menggunakan gergaji dan besi hingga menyebabkan salah seorang daripada mereka meninggal dunia.