Seorang kanak-kanak lelaki berumur 11 tahun meninggal dunia selepas mengalami keracunan makanan di Hospital Seri Manjung di sini semalam.
Pengarah Kesihatan Negeri Dr Ding Lay Ming berkata mangsa dan enam lagi anggota keluarganya mengalami gejala keracunan makanan antara 1 pagi dan 5 pagi pada Jumaat lalu, sebelum mendapatkan rawatan awal di sebuah klinik swasta pada hari yang sama.
Beliau berkata gejala yang dialami mereka adalah sakit perut, cirit-birit, muntah, dehidrasi, keletihan dan demam, manakala seorang daripadanya mengalami sawan.
"Empat kes dimasukkan ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut pada Sabtu lalu (2 Jun) dan kanak-kanak lelaki tersebut meninggal dunia kerana mengalami komplikasi semasa menerima rawatan di Hospital Seri Manjung semalam," katanya dalam kenyataan di sini malam ini.
Dr Ding berkata anggota keluarga mangsa yang sedang mendapatkan rawatan kini berada dalam keadaan stabil dan beransur pulih.
Beliau berkata pihaknya menerima laporan mengenai kejadian keracunan makanan melibatkan keluarga terbabit yang tinggal di Kampung Changkat Chermin, Ayer Tawar pada Sabtu lepas.
Sementara itu, Dr Ding berkata siasatan dan verifikasi di fasiliti kesihatan di sekitar lokasi gerai-gerai makanan di tepi jalan Simpang Gelung Pepuyu dan Bazar Ramadan di Titi Gantung mendapati tiada peningkatan kejadian kes 'Acute Gastroenteritis' dan keracunan makanan dikesan sejak 31 Mei sehingga kini.
"Ia kejadian terpencil dan hanya melibatkan keluarga ini sahaja. Punca sebenar kejadian masih dalam siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Jun 07 2018

Kanak-kanak lelaki tersebut meninggal dunia kerana mengalami komplikasi semasa menerima rawatan di Hospital Seri Manjung. - Gambar hiasan

Hospital swasta P. Pinang mula terima pesakit COVID - Ketua Menteri
Beberapa hospital swasta di Pulau Pinang telah mula menerima pesakit COVID-19.

COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Data dan informasi terkini kes harian COVID-19 di Malaysia

PdPR: "Jika Ustaz Ebit Lew boleh beri peranti, kenapa KPM tidak?" - MBM
Isu kekurangan peranti antara masalah utama dihadapi murid terutamanya daripada keluarga berpendapatan rendah.

11 kes kematian baharu akibat COVID-19, ini tumpuan kenyataan media KKM
Berikut merupakan tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah pada 25 Januari.

COVID-19: 3,048 kes baharu, 11 kematian - Dr Noor Hisham
Kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 di Malaysia kini sebanyak 41,076 kes.

16 bekas ahli UMNO cabar keputusan RoS, bukan keputusan parti politik
Peguam mereka Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah bahawa kesemua ahli UMNO terbabit bukan mencabar keputusan dalaman parti politik itu secara langsung.

Cabaran urus 8 anak, laksana PdPR selepas pulih COVID-19
Pengurusan masa antara langkah yang digunakan beliau bagi memastikan proses PdPR anak-anaknya berjalan dengan lancar.

Masih ramai gagal patuhi penjarakan fizikal, ini tumpuan Menteri Kanan Pertahanan
Jumlah individu yang ditahan kerana ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) meningkat berbanding hari sebelumnya.

COVID-19: 120 kes positif, dua lagi kematian di Sarawak
Sarawak melaporkan pertambahan 120 kes positif COVID-19 menjadikan jumlah keseluruhan kes di negeri itu meningkat kepada 3,499 kes.

Amerika Syarikat kembali sertai rundingan global tangani isu perubahan iklim
Lebih 3,000 saintis antarabangsa akan mendesak para pemimpin dunia untuk bertindak lebih baik demi melindungi manusia daripada impak pemanasan global.

JKN Perak kesan kontak rapat dirawat anggota kesihatan positif COVID-19
JKN Perak sedang menjalankan aktiviti pengesanan dan ujian saringan kontak rapat COVID-19 termasuk semua pesakit yang dirawat seorang anggota kesihatan di sebuah klinik kesihatan di sini.

'Makcik' degil ingkar kuarantin: Identiti bakal diketahui dalam masa terdekat
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sains, Alam Sekitar dan Teknologi Hijau Perak, Ahmad Saidi Mohamad Daud berkata turut akan disahkan ialah kafe yang dikatakan menjadi tempat individu berkenaan makan.

Kanak-kanak lelaki meninggal dunia keracunan makanan
Kanak-kanak lelaki tersebut meninggal dunia kerana mengalami komplikasi semasa menerima rawatan di Hospital Seri Manjung.