awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Tangan kami terlepas...saya yang lemas, dia yang meninggal dunia'
Seorang maut, 26 cedera dalam nahas 50 kenderaan di lebuh raya Jepun
Papa Zola The Movie guna dialek negeri tarik penonton ke pawagam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lemas dalam besen: Pengasuh direman 4 hari

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
04/03/2021
11:54 MYT
Kanak-kanak lemas dalam besen: Pengasuh direman 4 hari
Reman ke atas wanita berusia 43 tahun itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001. - Foto BERNAMA
GEORGE TOWN: Mayat kanak-kanak berusia dua tahun yang meninggal dunia selepas dipercayai lemas di rumah pengasuhnya di Batu Maung, Bayan Lepas pada Rabu selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Permatang Damar Laut pada petang Khamis.
Mayat kanak-kanak itu dibawa pulang dari Hospital Pulau Pinang (HPP) selepas proses bedah siasat ke atasnya selesai kira-kira jam 1 petang.
Jenazah sebelum itu dimandikan dan dikafankan di hospital sebelum dibawa pulang ke kediaman datuk dan neneknya di Permatang Damar Laut.
Sementara itu, pengasuh kepada kanak-kanak tersebut direman selama empat hari mulai hari ini.
BACA: Kanak-kanak lemas dalam besen: Polis tahan pengasuh
Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden A. Anbalagan berkata, reman ke atas wanita berusia 43 tahun itu dilakukan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
Media sebelum ini melaporkan, mangsa, Sophia Fatehah Wan Farhan Danial meninggal dunia awal pagi semalam selepas beberapa jam menerima rawatan di HPP.
Mangsa yang merupakan anak bongsu daripada dua beradik itu dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas dikatakan lemas ketika berada di bawah jagaan pengasuhnya.
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lemas
#pengasuh
#direman
#Hospital Pulau Pinang
#Permatang Damar Laut
#Sophia Fatehah Wan Farhan Danial
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan