awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lima tahun maut, 4 lagi parah

Sinar Harian
Sinar Harian
02/04/2023
00:15 MYT
Kanak-kanak lima tahun maut, 4 lagi parah
Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut, manakala empat lagi ahli keluarga cedera parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di kilometer 49, Jalan Kota Bharu - Kuala Terengganu, Pasir Puteh pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
PASIR PUTEH: Seorang kanak-kanak berusia lima tahun maut, manakala empat lagi ahli keluarga cedera parah selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori di kilometer 49, Jalan Kota Bharu-Kuala Terengganu, di sini pada Sabtu.
Dalam kejadian jam 3.30 petang itu, kanak-kanak tersebut maut di lokasi dipercayai mengalami kecederaan parah.
Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintendan Zaizul Rizal Zakaria berkata, siasatan awal mendapati semasa kejadian lori yang dipandu seorang lelaki berusia 46 tahun bersama kelindan dari arah Kota Bharu menghala ke Kuala Terengganu.
"Setiba di lokasi kejadian kereta yang dinaiki lima sekeluarga itu dipercayai telah memasuki laluan lori terbabit.
"Pelanggaran itu menyebabkan kanak-kanak berkenaan maut, manakala yang lain cedera parah," katanya dalam satu kenyataan.
Menurut beliau, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ujarnya, orang ramai yang mempunyai maklumat diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi talian 010-4505507. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#Kanak-kanak
#kereta
#Lori
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan