SANDAKAN: Seorang kanak-kanak lelaki maut dibaham buaya ketika mandi sungai di Kampung Lembaga Batu 8, Jalan Datuk Tay di sini petang ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan Severinus Sainkui berkata mayat Mohd Radhi Randi, 9, ditemukan orang kampung pada 3.05 petang, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa mandi.
"Pihak bomba menerima panggilan kecemasan pada 12.16 tengah hari berkaitan mangsa dibaham buaya ketika mandi di sungai.
"Susulan itu, sepasukan 11 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Sandakan diketuai Pegawai Bomba Kanan II Alan Ayuh bergegas ke lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau berkata pihak bomba bertindak menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa menggunakan kaedah mencari di permukaan air.
Operasi SAR, katanya turut dibantu anggota polis dan Angkatan Pertahanan Awam (APM).
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 23 2024
Mayat Mohd Radhi Randi, 9, ditemukan orang kampung pada 3.05 petang, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa mandi. -Bernama
Wanita suara garau cemas bilik hotel diserbu JAIS
Seorang wanita yang memiliki suara garau berdepan detik cemas apabila hotel bajet yang dihuni diserbu Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
Fokus Minggu Depan: Masa depan Harimau Malaya dan saingan Kejohanan ASEAN
Ikuti kupasan Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UiTM, Mohd Sadek Mustaffa berkenaan masa depan Harimau Malaya dibawah kendalian jurulatih baharu dan berdepan dengan saingan Kejohanan ASEAN.
Banjir: Johor, Pahang beransur pulih, Perak kekal
Situasi banjir di Johor dan Pahang semakin pulih apabila jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di kedua-dua negeri tersebut terus mencatatkan penurunan.
Farm Fresh hulur bantuan pasca banjir di Pantai Timur dan Utara
Farm Fresh Berhad, syarikat pengeluar tenusu tempatan terkemuka melancarkan misi bantuan pasca banjir bermula enam disember lalu untuk membantu mangsa banjir yang terjejas teruk di Kelantan, Terengganu dan Kedah.
KKDW akan laksana PKD Mobile mini di Sabah, Sarawak - Rubiah
Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) akan melaksanakan program Pusat Komuniti Desa (PKD) Mobile mini di kawasan jauh jangkauan khususnya di Sabah dan Sarawak.
Johor peruntuk RM16.8 juta bantu 280,000 keluarga miskin dan B40
Johor memperuntukkan sebanyak RM16.8 juta bagi Program Bantuan Kasih Johor hasil daripada pendapatan yang mencecah RM2 bilion tahun ini.
KHM bimbang 26 konsert di Stadium Hoki Nasional ganggu latihan skuad negara
KHM melahirkan kebimbangan dengan rancangan untuk menganjurkan 26 konsert di Stadium Hoki Nasional Bukit Jalil pada tahun hadapan, yang dilihat boleh mendatangkan kesan kepada persiapan skuad negara.
Polis rakam keterangan ibu bapa, dua doktor
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini seramai empat orang dirakam percakapan iaitu ibu bapa bayi dan dua orang doktor.
SAPP tarik diri daripada Perikatan Nasional
Yong berkata PN dilihat jelas ingin bertanding dalam Pilihan Raya Negeri Sabah yang akan datang dan ia bertentangan dengan dasar SAPP yang menyatakan bahawa semua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah sepatutnya hanya ditandingi parti tempatan.
Sekurang-kurangnya tiga maut, 39 cedera dalam serangan bom di utara Thailand
Pihak berkuasa Thailand masih menyiasat kes itu dan masih belum mengesahkan jumlah sebenar mangsa.
Kanak-kanak maut dibaham buaya ketika mandi sungai
Mayat Mohd Radhi Randi, 9, ditemukan orang kampung pada 3.05 petang, kira-kira 500 meter dari lokasi mangsa mandi.
Disney letak tanda amaran buaya, penghadang selepas kematian kanak-kanak
Pihak Disney sedang mencari penyelesaian jangka panjang bagi memastikan insiden malang itu tidak berulang lagi.
Mayat kanak-kanak dibaham buaya ganas di Samarahan ditemukan pagi ini
Mayat mangsa ditemukan pasukan penyelamat kira-kira 10 meter dari tempat mangsa disambar buaya terbabit.