awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak maut dilanggar 4WD di luar pekarangan rumah

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
01/09/2020
05:39 MYT
Kanak-kanak maut dilanggar 4WD di luar pekarangan rumah
Nur Aira Awatif meninggal dunia apabila Mitsubishi Storm yang dipandu lelaki berusia 59 tahun melanggar mangsa yang didakwa keluar dari pekarangan rumah secara mengejut. -Astro AWANI
Seorang kanak-kanak perempuan maut selepas dilanggar sebuah pacuan empat roda dalam kejadian di Kampung Cacar Baru, Dungun, Terengganu.
Dalam insiden kira-kira jam 2.50 petang Isnin, mangsa Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil, 6, meninggal dunia apabila Mitsubishi Storm yang dipandu lelaki berusia 59 tahun melanggar mangsa yang didakwa keluar dari pekarangan rumah secara mengejut.
Ketua Polis Daerah Dungun Superintendan Baharudin Abdullah berkata pemandu pacuan empat roda yang dalam perjalanan dari tapak perniagaan di Jalan Besar ke sebuah surau itu gagal mengelak dan melanggar mangsa yang ketika itu sedang menunggang basikal.
Keluarga mangsa yang terkejut dengan kejadian yang menimpa anak mereka bergegas membawa mangsa ke Klinik Kesihatan Paka namun disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan bertugas.
Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Dungun untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#Akta Pengangkutan Jalan
#Baharudin Abdullah
#Kampung Cacar Baru
#kanak-kanak dilanggar pacuan empat roda
#Nur Aira Awatif Mohammad Fadzil
#Unit Forensik Hospital Dungun
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan