BUTTERWORTH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dilanggar sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) ketika sedang berbasikal di hadapan rumahnya di Kampung Tok Sani, Butterworth, pada petang Ahad.
Mangsa yang mengalami kecederaan parah disahkan meninggal dunia ketika sedang menerima rawatan di Hospital Seberang Jaya (HSJ).
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara, Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 4.30 petang.
Menurutnya, ketika kejadian, pemandu wanita berusia 32 tahun itu yang sedang memandu kenderaan SUV jenis Toyota Fortuner dikatakan baru sahaja keluar dari rumahnya menuju ke Madrasah Gelugor, Bagan Lalang untuk menziarahi anaknya.
"Ketika membelok ke kiri selepas halaman rumahnya, secara tiba-tiba pemandu terdengar bunyi dentuman lalu memberhentikan kenderaannya," katanya
“Wanita itu mendapati yang dia telah terlanggar seorang kanak-kanak yang sedang menunggang basikal dari arah kiri jalan tar di hadapan halaman rumahnya,” kata Noorzainy dalam kenyataan pada Ahad.
Berikutan itu, pemandu wanita berkenaan segera membawa mangsa ke HSJ untuk mendapatkan rawatan.
“Mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6.05 petang akibat kecederaan parah pada kepala,” katanya.
Menurut Noorzainy, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Mar 21 2021

Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun meninggal dunia selepas dilanggar sebuah SUV ketika sedang berbasikal di depan rumahnya. - Foto ihsan PDRM

ISWAMI digesa luaskan kerjasama dengan negara-negara ASEAN
Dalam pertemuan itu, Usman mencadangkan ISWAMI agar memperluaskan kerjasamanya ke peringkat ASEAN.

Kuskop sasar 100,000 pengunjung Jelajah AKM Selangor
Kunjungan orang ramai adalah menggalakkan dan dijangka lebih ramai memeriahkan jelajah tersebut yang diadakan di Stadium Shah Alam.

Ukur baju di badan sendiri, kata Nazri kepada MIC
Mohamed Nazri menjelaskan, isu pengagihan kerusi sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bukan membuat kenyataan terbuka seolah-olah mengugut UMNO.

ISWAMI teroka peluang baharu di Indonesia untuk media Malaysia
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) mengambil inisiatif untuk meneroka pengetahuan dan peluang dari media Indonesia.

Pemandu maut, lori terbabas langgar pokok
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Jentera BN Johor perlu ditambah baik hadapi PRU15 - Tok Mat
Datuk Seri Mohamad Hasan berkata Johor antara jentera yang mempunyai tahap kesiapsiagaan tinggi.

Ekonomi APEC perlu manfaatkan kerjasama dalam pelancongan lestari
Sesi dialog itu turut membincangkan cabaran sedia ada yang telah diburukkan lagi oleh pandemik COVID-19.

Kreativiti dan tanggungjawab diperlukan untuk berjaya, kata Jimmy Choo
Usahawan perlu menyesuaikan diri dengan perubahan keadaan ekonomi dan berinovasi serta menerima kemajuan teknologi.

Pantau projek supaya siap ikut jadual
Pejabat Pembangunan Negeri Pulau Pinang kini di dalam pelaksanaan memantau dan membuat verifikasi projek-projek fizikal di seluruh Pulau Pinang, bagi memastikan ia dapat disiapkan mengikut jadual.

PRIHATIN sasar bantu 6,000 pelajar Sabah ke menara gading
Jumlah itu yang bertambah berbanding 5,000 pelajar sebelum ini, merangkumi lima kawasan luar bandar.

ISWAMI digesa luaskan kerjasama dengan negara-negara ASEAN
Dalam pertemuan itu, Usman mencadangkan ISWAMI agar memperluaskan kerjasamanya ke peringkat ASEAN.

Kuskop sasar 100,000 pengunjung Jelajah AKM Selangor
Kunjungan orang ramai adalah menggalakkan dan dijangka lebih ramai memeriahkan jelajah tersebut yang diadakan di Stadium Shah Alam.

Ukur baju di badan sendiri, kata Nazri kepada MIC
Mohamed Nazri menjelaskan, isu pengagihan kerusi sepatutnya dibincangkan dalam mesyuarat bukan membuat kenyataan terbuka seolah-olah mengugut UMNO.

ISWAMI teroka peluang baharu di Indonesia untuk media Malaysia
Ikatan Setiakawan Wartawan Malaysia-Indonesia (ISWAMI) mengambil inisiatif untuk meneroka pengetahuan dan peluang dari media Indonesia.

Pemandu maut, lori terbabas langgar pokok
Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan yang hadir di lokasi kejadian.

Syabil Azam raih perak di Kejohanan Boling Remaja Asia
Syabil Azam merakamkan 416 jatuhan pin manakala pingat emas menjadi milik pemain Taiwan, Lan Shao Kang.