Dakwaan seorang kanak-kanak kononnya dia cuba diculik berhampiran rumahnya di Kampung Endah, Banting dekat sini, awal pagi semalam adalah rekaan semata-mata.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, SAC Fadzil Ahmat berkata kanak-kanak berusia 11 tahun itu sengaja mereka cerita kononnya cuba diculik oleh sekumpulan lelaki kerana takut dimarahi bapanya ekoran pulang lewat ke rumah.
"Ketika keterangannya diambil semalam, mangsa menyatakan dia takut dimarahi pengadu (bapa mangsa) kerana lewat balik ke rumah.
"Oleh itu, kanak-kanak tersebut mereka cerita kononnya tiga lelaki bertopeng cuba menariknya masuk ke dalam van sebelum mangsa berjaya melepaskan diri dengan menggigit tangan seorang daripada suspek," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Semalam Ketua Polis Selangor Datuk Seri Abdul Samah Mat mengesahkan pihaknya menerima satu laporan berhubung kejadian cubaan culik seorang kanak-kanak di Banting.
Abdul Samah berkata laporan polis mengenai kejadian itu dibuat bapa kanak-kanak tersebut di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Langat sejurus selepas mangsa pulang ke rumah kira-kira pukul 1.30 pagi.
Kes cubaan culik kanak-kanak itu turut menjadi tular dalam aplikasi WhatsApp semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 01 2017
Budak reka cerita diculik, buat ibu bapa 'sakit kepala'. - Gambar hiasan/Flickr
Nahas helikopter Lumut: Malaysia jadi tumpuan, masyarakat antarabangsa zahir simpati
Nahas dua helikopter Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Pangkalan TLDM Lumut semalam, turut menjadi perhatian masyarakat antarabangsa yang mengikuti perkem
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan Perak akan bincang bentuk bantuan kepada waris
Kerajaan Negeri Perak akan melihat bentuk bantuan yang bakal dihulurkan kepada keluarga tiga mangsa tragedi helikopter TLDM terhempas di Lumut.
Harga minyak mahal akibat konflik beri cabaran besar kepada syarikat penerbangan - MIDF Research
Kenaikan harga bahan api jet merupakan cabaran utama kepada sektor penerbangan susulan daripada konflik geopolitik di Asia Barat yang kian memuncak kebelakangan ini.
Niaga AWANI: Breaking free from legacy systems in Malaysian companies
Daryll Tan, co-founder and director of OpenMinds Group emphasises the necessity for businesses to discard old paradigms and embrace new perspectives.
#NiagaAWANI
#NiagaAWANI
Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun
Mantan presiden Amerika Syarikat Donald Trump bertemu dengan mantan Perdana Menteri Jepun Taro Aso di New York pada Selasa.
Seramai 38 orang terbunuh dalam hujan lebat di Kenya
Hujan lebat yang melanda Kenya menyebabkan seramai 38 orang terbunuh dan lebih 11,000 orang dipindahkan.
Peluru berpandu Rusia serang kawasan kediaman di Kharkiv
Konflik Rusia- Ukraine terus memuncak apabila peluru berpandu Russia menyerang kawasan kediaman di bandar kedua terbesar Ukraine, Kharkiv pada Rabu.
Palsu dokumen: Anak menteri besar, pegawai pejabat MB antara enam direman SPRM
Anak seorang menteri besar dan pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman SPRM bagi membantu siasatan berhubung pemalsuan dokumen.
Pesawat terhempas di Sungai Tanana, Alaska
Sebuah pesawat Douglas DC-4 telah terhempas di kawasan sungai di Fairbanks di negeri Alaska Amerika Syarikat pada Selasa.
Pelumba pertama F3 Vietnam terima sentuhan bekas pelumba Malaysia
Pelumba Vietnam Alex Sawer Hoang Dat akan bersaing untuk pasukan perlumbaan Finland KIC Evans GP dalam pertandingan Formula Tiga FRECA (F3) 2024.
Kanak-kanak mengaku reka cerita dalam kes cubaan culik di Banting
Dakwaan seorang kanak-kanak kononnya dia cuba diculik berhampiran rumahnya di Kampung Endah, Banting dekat sini, awal pagi semalam adalah rekaan semata-mata.