[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Kanak-kanak 11 tahun cedera ditikam bapa

Sinar Harian 02/05/2025 | 07:25 MYT
Lokasi kejadian seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai ditikam bapanya di Kampung Banggol Che Dol, Pasir Mas pada Jumaat. -Foto Sinar Harian
PASIR MAS: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai mengalami kecederaan akibat ditikam oleh bapanya yang merupakan seorang guru, dalam kejadian di Kampung Banggol Che Dol, di sini pada Jumaat.

Ringkasan AI
  • Seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun dipercayai ditikam oleh bapanya di Kampung Banggol Che Dol, Pasir Mas.
  • Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut.
  • Ketua Polis Daerah Pasir Mas mengesahkan laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan.

Kejadian tersebut dikatakan berlaku pada jam 8 pagi.
Mangsa telah dibawa ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk menerima rawatan lanjut.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed, ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.
Menurut beliau, siasatan lanjut sedang dijalankan. -Sinar Harian
#kanak-kanak lelaki 11 tahun #ditikam bapa #Kampung Banggol Che Dol #Pasir Mas #Hospital Raja Perempuan Zainab II