awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 12 tahun maut, dipercayai terjatuh dari bangunan flat

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
07/03/2024
15:50 MYT
Kanak-kanak 12 tahun maut, dipercayai terjatuh dari bangunan flat
Ridzuan berkata, setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai SDR. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun ditemukan maut dalam keadaan terlentang, dipercayai terjatuh dari tingkat 12, bangunan flat perumahan di Cheras, pada Khamis.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Superitendan Ridzuan Khalid berkata, polis menerima maklumat daripada orang ramai berhubung kejadian itu pada pukul 1.52 petang.
"Sewaktu polis tiba, mangsa dalam keadaan tidak sedarkan diri atas rumput berhampiran bangunan flat tersebut," katanya dalam kenyataan di sini, pada Khamis.
Ridzuan menambah, pemeriksaan pegawai perubatan dari Hospital Canselor Tuanku Muhriz di tempat kejadian mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.
Berdasarkan siasatan awal, katanya polis tidak menemui sebarang unsur jenayah namun siasatan lanjut diteruskan untuk mengetahui punca kejadian.
Beliau memberitahu, setakat ini, polis mengklasifikasikan kes itu sebagai mati mengejut (SDR).
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berhubung kejadiaan ini boleh menghubungi Ketua Polis Balai Cheras Inspektor Toh Chee Haur di talian 03-92050301 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak terjatuh
#tiada unsur jenayah
#Polis Diraja Malaysia
#SDR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan