awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiada iPhone 18 tahun ini, Apple tumpu model Pro dan peranti lipat 2026
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 6 tahun maut jatuh longkang

Bernama
Bernama
19/02/2023
15:51 MYT
Kanak-kanak 6 tahun maut jatuh longkang
Mangsa ditemukan di sungai berhampiran pusat servis kereta Toyota Rawang, oleh penduduk sekitar yang menyertai operasi terbabit. - Gambar/ Bernama
RAWANG: Mayat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, yang dihanyutkan air deras selepas terjatuh ke dalam sebuah longkah di kawasan perumahan di Taman Pelangi, Rawang ditemukan kira-kira 7.45 malam ini.
Komander Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang Abdul Latif Mat Noor berkata Muhammad Adam Fahmi Mohd Hizlan ditemukan di sungai berhampiran pusat servis kereta Toyota Rawang, oleh penduduk sekitar yang menyertai operasi terbabit.
Terdahulu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor Hafisham Mohd Noor berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 6.19 petang tadi.
Beliau berkata dua buah jentera dengan kekuatan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Rawang telah digerakkan ke lokasi dan tiba kira-kira empat minit kemudian.
Sementara itu, bapa kepada Muhammad Adam, Mohd Hizlan Muhd Azemi berkata beliau bersama penduduk sekitar terus mencari anaknya sebaik dimaklumkan mengenai kejadian yang menimpa anaknya itu.
"Saya memang ada di rumah semasa kejadian. Saya dimaklumkan anak saya tergelincir sebelum terjatuh (ke dalam longkang). Beberapa rakannya yang ada di tempat kejadian cuba membantu tetapi keadaan air longkang yang deras mengakibatkan anak saya dihanyutkan ke sungai berhampiran," katanya kepada Bernama.
Seorang daripada kira-kira 10 orang penduduk yang menjumpai mayat Muhammad Adam, Muhd Suhaimi Sulaiman berkata mayat kanak-kanak itu ditemukan terapung berhampiran sebatang pokok yang hanyut di dalam sungai berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#lemas
#jatuh longkang
#Rawang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan