awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak 6 tahun terjatuh dari tingkat 6

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/10/2024
08:26 MYT
Kanak-kanak 6 tahun terjatuh dari tingkat 6
Siasatan polis mendapati, mangsa dipercayai telah terjatuh dari rumah semasa memanjat balkoni untuk bermain bersama kawan-kawan. - Gambar hiasan
IPOH: Seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun, cedera selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Seri Iskandar.
Ketua Polis Daerah Perak Tengah, Superintendan Hafezul Helmi Hamzah berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu kira-kira jam 10.50 malam Rabu.
Menurutnya, kanak-kanak berkenaan telah dibawa dengan ambulans ke Hospital Changkat Melintang sekitar jam 11.20 malam, untuk rawatan awal.
“Hasil siasatan didapati, semasa kejadian, mangsa tinggal bersama kakak dan adik perempuan yang berusia 12 tahun dan satu tahun sembilan bulan manakala ibunya berada di tempat kerja,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, mangsa dipercayai telah terjatuh dari rumah semasa memanjat balkoni untuk bermain bersama kawan-kawan.
Menurut Hafezul Helmi, mangsa dalam keadaan stabil dan telah menerima rawatan lanjut di wad Unit Rawatan Intensif Pediatrik (PICU) Hospital Raja Permaisuri Bainun di sini.
Kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001.
Topic Berkaitan
#jatuh apartment
#Kanak-kanak
#ibu keluar bekerja
#sri iskandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan