Bapa kepada kanak-kanak lelaki berusia sembilan tahun yang memandu kereta seperti tular di media sosial hari ini telah dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 111 Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Ketua Polis Daerah Rembau, DSP Anuar Bakri Abdul Salam berkata, saman berkenaan dikeluarkan berikutan tindakan membenarkan kenderaan lelaki berkenaan dipandu oleh pemandu bawah umur.
"Bertindak atas maklumat, polis telah menjalankan siasatan dan berjaya mengesan kereta dan kanak-kanak berkenaan. Siasatan awal mendapati kanak-kanak yang berusia sembilan tahun itu memandu kereta tersebut tanpa kebenaran dan pengetahuan bapanya yang berusia 47 tahun di Kampung Bongek," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, satu laporan polis juga dibuat dan kertas siasatan telah dibuka mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 atas kesalahan pengabaian terhadap kanak-kanak yang disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Rembau.
"Polis mengucapkan terima kasih atas keprihatinan masyarakat terhadap isu ini dan berharap agar masyarakat sentiasa menyalurkan maklumat kepada kami," katanya.
Hari ini tular video berdurasi 43 saat yang memaparkan seorang kanak-kanak lelaki memandu kereta Proton Saga di media sosial Facebook. - BERNAMA
Bernama
Mon Sep 07 2020
Saman yang dikeluarkan oleh polis adalah kerana tindakan membenarkan kenderaan lelaki itu dipandu oleh pemandu bawah umur.
Malaysia alu-alukan laporan akhir kumpulan penilai bebas berkenaan UNRWA
Menurut kenyataan itu, laporan tersebut menolak dengan tegasnya tuduhan Israel yang mengaitkan penglibatan kakitangan PBB dengan organisasi pengganas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pang Sock Tao diumum calon Kerajaan Perpaduan
Pang Sock Tao diumumkan sebagai calon yang akan mewakili Kerajaan Perpaduan pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Permohonan pekebun Musang King cabar notis kosongkan tanah ditolak
Hakim Datuk Mohd Radzi Harun memutuskan bahawa pekebun terbabit tidak mempunyai hak dari segi undang-undang untuk berada di tanah berkenaan.
Lebih 400 kes difailkan di mahkamah terhadap kerajaan Sabah
Sebanyak 110 kes dimenangi oleh kerajaan negeri termasuk kes yang telah dibuang dan diketepi oleh mahkamah, manakala tiga kes lagi berkeputusan kalah.
Mendiang Sivasutan anak yang sangat baik, tidak tolak permintaan orang tua - Bapa
"Bukan sahaja jasad pergi... tetapi segala keseronokan, kebaikan dan kegembiraan dia bawa bersama."
AWANI Ringkas: Nahas helikopter TLDM | Pengedaran dadah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Polis tumpaskan sindiket seludup dadah ke Sarawak, tahan dua lelaki
Polis percaya berjaya menumpaskan sindiket penyeludupan dadah ke Sarawak dengan penahanan dua buruh binaan dan merampas pelbagai dadah bernilai RM1.76 juta di dua lokasi berasingan, pada Isnin lepas.
Umat Islam perlu celik digital untuk tunai umrah
Forum Umrah dan Ziarah 2024, kali ini diadakan di Madinah menjadi platform penting bagi mengumpulkan semua pemain industri perkhidmatan
Panggilan ‘daddy’ di pengebumian wira Wan Rezaudeen Kamal buat orang ramai sebak
Antara yang turut mengiringi perjalanan terakhir Allahyarham adalah Menteri Pertahanan, Mohamed Khaled Nordin.
AWANI Tonight: Bridging gaps in AUKU for better student empowerment
Amendments to the Universities and University Colleges Act give students more autonomy in managing their associations’ finances. Rasydan Mohd Hassan, formerly of the National Student Consultative Council, explains what this means for student empowerment.
Penghantar makanan, kanak-kanak dua tahun maut nahas jalan raya
Seorang wanita dan kanak-kanak lelaki berusia dua tahun maut dalam nahas jalan raya membabitkan dua kenderaan di Kilometer 10.2 Jalan Batu Caves, di sini menghala ke Selayang, malam Jumaat.
Aksi tunggang motosikal secara berbahaya tular, lelaki diberkas
Semakan mendapati suspek melakukan aksi mengangkat tayar hadapan selain melakukan aksi zig-zag.
Pemandu maut nahas bas ekspres rempuh treler
Pemandu bas ekspres yang tersepit di tempat duduk meninggal dunia akibat parah di kepala dan badan, bagaimanapun pemandu treler tidak mengalami kecederaan.
Lelaki maut selepas dilanggar bas ekspres di KM115 Lebuh Raya Utara Selatan
Seorang lelaki maut dilanggar bas ekspres selepas tercampak keluar daripada kereta dipandunya di Kilometer 115, Lebuh Raya Utara Selatan, arah selatan, awal pagi tadi.
Ops Patuh: JPJ keluar 122,208 notis pelbagai kesalahan
Operasi tersebut dilaksanakan selama 29 hari bermula 1 Nov dengan memeriksa 719,766 kenderaan.
132 kenderaan diambil tindakan dalam Operasi Khas Kenderaan Komersial
Sebanyak 346 notis kesalahan turut dikeluarkan ke atas pemandu dan pemilik kenderaan sepanjang operasi berkenaan.
Pemandu lori maut nahas, ditimbus pasir
Apabila sampai di lokasi kejadian, pemandu lori berkenaan dipercayai hilang kawalan lalu terbabas melanggar pokok kelapa sawit di situ.
Dua sahabat maut, trak pikap terjunam dalam sungai
Mayat kedua-dua mangsa iaitu, Eh Bau Eh Di, 43, dan Eh Heak Eh Yek, 54, ditemukan jam 10.54 pagi pada jarak 27 meter dari tebing tempat trak pikap mereka dilaporkan terjatuh.
Bas panjang lebih efisien, kadar pelepasan karbon lebih rendah - Anthony
Model bas berkapasiti tinggi jenis dua tingkat, -Long Bus Double Deck- (LBDD), Ekspres Mutiara yang dibina dari casis Scania dengan panjang 13.5 meter yang dilancarkan hari ini memenuhi kriteria itu.
Kanak-kanak perempuan maut digilis lori
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut selepas digilis lori dalam kemalangan di Kampung Paya Mengkuang, Batang Tiga di sini pada Khamis.