MALAYSIA
Kanak-kanak berusia setahun didera hingga maut, ibu kandung, kekasih direman
Pasangan kekasih direman tujuh hari oleh Mahkamah Majistret di Alor Gajah, pada Isnin. - Gambar/ Sinar Harian
ALOR GAJAH: Seorang ibu tunggal dan kekasihnya direman selama tujuh hari oleh Mahkamah Majistret Alor Gajah, di sini, pada Isnin selepas disyaki membunuh kanak-kanak perempuan berusia 15 bulan dengan cara mendera mangsa.
Ringkasan AI
Perintah reman terhadap suspek wanita, seorang penganggur berusia 24 tahun, dan teman lelakinya yang bekerja di sebuah kedai peralatan memancing berusia 20 tahun, dikeluarkan oleh Majistret Teoh Shu Yee sehingga Ahad ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Kedua-dua suspek tiba di pekarangan mahkamah kira-kira jam 9.10 pagi dengan menaiki kenderaan polis.
Terdahulu Sinar Harian melaporkan seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 bulan disyaki maut didera ibu dan teman lelakinya di sebuah kedai di Bandar Satelit, Pulau Sebang, di sini pada malam Ahad.
Nasib malang yang menimpa kanak-kanak itu terbongkar selepas wanita yang telah bercerai tahun lalu membawa anaknya ke Hospital Tampin kira-kira jam 11 malam selepas anaknya didakwa tidak sedarkan diri.
Sumber berkata, pemeriksaan doktor ke atas mangsa menemui beberapa kesan lebam pada perut dan belakang badan mangsa selain kecederaan pada lubang dubur sebelum membuat laporan polis.
Menurutnya, siasatan awal mendapati wanita dari Kampung Anak Air Durian Daun, Tampin telah membawa anak kandungnya di tempat kerja teman lelakinya di Bandar Satelit, Pulau Sebang di sini, kira-kira 6.30 petang sebelum kejadian.
Difahamkan ibu kandung mangsa keluar untuk membungkus makanan dan meninggalkan mangsa bersama teman lelakinya yang bekerja di kedai menjual peralatan memancing.
"Apabila wanita itu kembali ke kedai kekasihnya pada jam 10 malam, dia mendapati anaknya sedang tidur manakala teman lelakinya menguruskan kedai.
Bagaimanapun kira-kira jam 10.30 malam wanita itu cuba mengejutkan anak tunggalnya untuk pulang ke rumah, namun mangsa tidak sedarkan diri sebelum dia dan kekasihnya membawa mangsa ke hospital," katanya. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang ibu tunggal berusia 24 tahun dan teman lelakinya berusia 20 tahun direman tujuh hari kerana disyaki mendera hingga menyebabkan kematian budak perempuan berusia 15 bulan di Pulau Sebang, Alor Gajah.
- Mangsa dibawa ke hospital dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan kesan lebam dan kecederaan serius, termasuk pada bahagian dubur, sebelum doktor membuat laporan polis.
- Siasatan awal mendapati mangsa ditinggalkan bersama teman lelaki ibu mangsa di tempat kerja sebelum ditemui tidak sedarkan diri; polis sedang menyiasat punca kejadian di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.