awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak cedera diserang wanita kurang siuman dengan garpu

Siti Nur Aqilla Omar
Siti Nur Aqilla Omar
25/03/2021
01:25 MYT
Kanak-kanak cedera diserang wanita kurang siuman dengan garpu
Kanak-kanak terbabit, yang dipercayai berada di luar bangunan pusat tuisyen di kawasan itu, cedera dibahagian kepala dan tangan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun, cedera akibat dicucuk garpu oleh seorang wanita kurang siuman menggunakan garpu dalam kejadian di Taman Mount Austin, semalam.
Dalam kejadian jam 8 pagi itu, kanak-kanak terbabit, yang dipercayai berada di luar bangunan pusat tuisyen di kawasan itu, cedera dibahagian kepala dan tangan.
Ketua Polis daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Mohd Padzli Mohd Zain berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada bapa mangsa yang membuat laporan polis.
"Semasa berada Taman Mount Austin, di sini, pengadu memaklumkan anak perempuannya berumur tujuh tahun telah didatangi seorang wanita yang disyaki kurang siuman.
"Wanita itu telah cucuk anak perempuannya menggunakan garpu sehingga menyebabkan cedera pada bahagian kepala dan tangan. Kemudian telah melarikan diri.
"Suspek itu bukan jiran mangsa dan tidak dikenali. Wanita itu dipercayai kurang waras. Polis sedang mencari suspek yang masih belum dikesan ketika ini," katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Kes disiasat dibawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#cedera
#garpu
#wanita
#kurang siuman
#Mohd Padzil Mohd Zain
#Taman Mount Austin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan