awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak darjah satu maut dalam perjalanan ke sekolah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
23/06/2022
06:56 MYT
Kanak-kanak darjah satu maut dalam perjalanan ke sekolah
Kereta Perodua Kancil yang dipandu bapa saudara mangsa bersama neneknya remuk selepas dirempuh lori dalam kemalangan yang berlaku sekitar pukul 8.15 pagi. - Gambar ihsan PDRM
MELAKA TENGAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut dalam perjalanan ke sekolah selepas kenderaan dinaikinya terbabas sebelum dirempuh sebuah lori di Jalan Krubong, Tampoi di sini, pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 8.15 pagi itu, mangsa Nurul Qalisha Abdul Rahim yang masih lengkap berpakaian sekolah disahkan maut di lokasi kejadian.
Ketua Jabatan Siasatan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Melaka, Superintendan Amran@Mohamad Zaki Omar berkata, siasatan mendapati mangsa menaiki kereta jenis Perodua Kancil yang dipandu bapa saudara berusia 29 tahun bersama neneknya.
“Semakan menerusi rakaman ‘dashcam’ yang diperolehi mendapati kemalangan berlaku apabila perodua Kancil itu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum lori terlibat yang melalui jalan berkenaan tidak sempat mengelak sebelum berlaku pelanggaran.
“Akibat rempuhan itu, pemandu kedua-dua kenderaan itu tidak mengalami sebarang kecederaan manakala nenek mangsa yang duduk dibahagian hadapan penumpang patah tangan kanan,” katanya ketika dihubungi.
Mengulas lanjut, katanya, siasatan mendapati kejadian berlaku ketika hujan lebat dan rempuhan mengakibatkan kanak-kanak berkenaan yang duduk di bahagian penumpang belakang tersepit sebelum dikeluarkan pasukan bomba.
“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk proses bedah siasat yang mana kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#Darjah satu
#maut dalam perjalanan
#Jalan Krubong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan