Belasungkawa Allahyarham Bung Moktar Radin | Ikuti Perkembangan Terkini Perjalanan Terakhir di sini
MALAYSIA

Kanak-kanak dihanyut arus di Kajang selamat dikebumikan, abang belum ditemui

Astro Awani 05/12/2025 | 10:15 MYT
Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja itu masih diteruskan, melibatkan tiga pasukan di kawasan sungai berkenaan sehingga ke muara Sungai Langat. -Gambar fail/Bernama
KAJANG: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dihanyutkan arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Taman Prima Saujana, Kajang, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan petang tadi.


Ringkasan AI
  • Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dihanyutkan arus di Taman Prima Saujana, Kajang, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Sungai Kantan selepas proses bedah siasat di Hospital Kajang.
  • Mangsa ditemui di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan, dua kilometer dari lokasi jatuh, sebelum disahkan meninggal dunia ketika mendapat rawatan di hospital.
  • Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) masih berjalan untuk mencari remaja lelaki berusia 14 tahun yang turut dihanyutkan arus, melibatkan tiga pasukan dan dilakukan dalam radius lima kilometer dari lokasi kejadian.

Klik di sini untuk FAQ berkaitan artikel ini

Jenazah mangsa selesai melalui proses bedah siasat di Jabatan Forensik Hospital Kajang sebelum dibawa ke Masjid Prima Saujana untuk solat jenazah selepas solat Jumaat.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof, berkata mangsa ditemukan di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan, kira-kira dua kilometer dari lokasi jatuh, pada jam 7.47 malam.

Bagaimanapun, kanak-kanak berkenaan disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang pada jam 10 malam ketika mendapatkan rawatan.

Seorang lagi mangsa iaitu remaja lelaki berusia 14 tahun, abang kepada mangsa pertama, yang turut dihanyutkan arus masih belum ditemui.

Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) remaja itu masih diteruskan, melibatkan tiga pasukan di kawasan sungai berkenaan sehingga ke muara Sungai Langat.

Menurut Naazron, pihaknya menerima maklumat berhubung kejadian itu pada jam 6.29 petang dan SAR turut membabitkan Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) serta Angkatan Pertahanan Awam (APM).

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi JBPM Selangor, Ahmad Mukhlis Mokhtar, berkata SAR dilakukan dalam radius kira-kira lima kilometer daripada lokasi mangsa terjatuh sehingga ke muara Sungai Langat, dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.

Terdahulu, media melaporkan seorang kanak-kanak dan remaja lelaki dilaporkan hanyut dibawa arus ketika cuba mengambil bola di dalam longkang di Lorong 1/3A, Taman Prima Saujana.






Fakta Segera: Jawapan Pantas Dari AI
  • Q: Apakah yang berlaku kepada kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun yang dihanyutkan arus di Taman Prima Saujana, Kajang?
    A: Kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun tersebut telah disahkan meninggal dunia di Hospital Kajang selepas ditemui di Sungai Merbau, Kampung Sungai Kantan.
  • Q: Apakah tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa setelah kejadian kanak-kanak dihanyutkan arus?
    A: Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) masih diteruskan untuk mencari remaja lelaki berusia 14 tahun yang turut dihanyutkan arus, melibatkan tiga pasukan di kawasan sungai sehingga ke muara Sungai Langat.
  • Q: Siapakah yang terlibat dalam operasi SAR untuk mencari remaja lelaki yang masih belum ditemui?
    A: Operasi SAR melibatkan Polis, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Angkatan Pertahanan Awam (APM), dengan bantuan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan Unit K9 JBPM.



#kanak-kanak lelaki berusia 12 tahun #Taman Prima Saujana Kajang #Tanah Perkuburan Sungai Kantan #Hospital Kajang