[TERKINI] Gelombang Serangan Baharu Iran-Israel | Trump Timbang Tindakan Ketenteraan AS. Klik untuk laporan penuh.
NATIONAL

Kanak-kanak dua tahun mati dipercayai didera, ibu dan teman lelaki ditahan polis

Shafik Ahmad 06/06/2021 | 11:47 MYT
Aidi berkata, ibu kanak-kanak malang itu dan teman lelakinya ditahan polis bagi membantu siasatan. - Foto fail
KUCHING: Seorang kanak-kanak berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia dipercayai didera dalam kejadian di Betong, hari ini.
Kanak-kanak malang dengan kesan lebam di badan dipercayai didera ibu kandung dan teman lelaki wanita itu.
Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Aidi Ismail ketika dihubungi Astro AWANI berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kes itu daripada pihak Hospital Betong pada pukul 3.50 petang Ahad.
“Ya.. kanak-kanak berusia dua tahun meninggal dengan kesan lebam disyaki didera.
"Manakala ibu kanak-kanak itu dan teman lelakinya ditahan polis untuk bantu siasatan.
"Kes masih dalam siasatan, saya tidak boleh komen lebih lanjut hingga dapat bukti lain seperti keputusan bedah siasat," katanya.
#dera kanak-kanak #kanak-kanak mati didera #Datuk Aidi Ismail #Polis Sarawak #Betong