MALAYSIA
Kanak-kanak golongan utama dalam mewujudkan keamanan - Wakil UNICEF
Robert Gass (dua dari kiri) ketika menghadiri pelancaran Ta-Da! Look at My Lines! Children's Peace Art Exhibition 2025 di ibu negara hari ini. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kanak-kanak perlu diiktiraf sebagai rakan kongsi dalam mewujudkan dunia yang aman kerana suara dan imaginasi mereka mendedahkan bahawa keamanan bukan sahaja tentang menghentikan peperangan, tetapi juga mengenai persahabatan, rasa hormat dan meraikan perbezaan.
Wakil Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) ke Malaysia Robert Gass berkata golongan muda mampu menawarkan pengajaran berkesan melalui kreativiti mereka sekali gus mengingatkan orang dewasa bahawa keamanan boleh diwujudkan melalui tindakan mudah seperti berbuat baik, mendengar dan menjaga bumi.
"Orang dewasa sering menggambarkan keamaan sebagai sesuatu yang rumit, tetapi kanak-kanak mengingatkan kita bahawa keamanan itu sebenarnya mudah. Kita mahu setiap kanak-kanak, di mana-mana sahaja, membesar dengan selamat, sihat dan gembira. Kita tidak boleh bina masa depan untuk mereka, tetapi membinanya bersama-sama mereka.
"Suara, idea, malah lorekan lukisan mereka juga mengajar kita tentang dunia yang mereka impikan, dan saya lihat hari ini, ia dunia yang penuh warna, belas kasihan dan kemungkinan," katanya ketika berucap pada pelancaran Ta-Da! Look at My Lines! Children's Peace Art Exhibition 2025 di sini hari ini.
Pameran yang dianjurkan oleh Soka Gakkai Malaysia (SGM) itu berlangsung hingga 12 Okt di Wisma Kebudayaan SGM, bersempena dengan Bulan Keamanan dan Hari Keamanan Antarabangsa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 21 Sept.
Sementara itu, Presiden SGM Johnny Ng Teck Sim berkata pameran itu bukan hanya memaparkan bakat seni kanak-kanak, tetapi juga mengiktiraf mereka sebagai rakan kongsi setara dalam memupuk keamanan.
"Bagi orang dewasa, keamanan biasanya dibincangkan dalam konteks politik, hubungan antarabangsa atau isu kemasyarakatan, namun bagi kanak-kanak, keamanan itu hadir dalam pengalaman harian mereka seperti ruang yang selamat di rumah, tawa bersama rakan, kegembiraan belajar atau kebaikan orang lain," katanya dalam ucapan alu-aluan.
Ng berkata pameran itu juga mencerminkan semangat Presiden Soka Gakkai International Daisaku Ikeda bahawa "kanak-kanak ialah utusan dari masa depan" serta setiap daripada mereka membawakan misi unik dan penting.
-- BERNAMA