MALAYSIA
Kanak-kanak hilang di Daro ditemukan lemas
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jasad kanak-kanak itu dijumpai terapung berhampiran Kampung Lemang Pek pada pukul 4 petang. - Foto JBPM/via BERNAMA
KUCHING: Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Daro semalam, ditemukan meninggal dunia petang tadi.
Ringkasan AI
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan, jasad kanak-kanak itu dijumpai terapung berhampiran Kampung Lemang Pek pada pukul 4 petang.
"Pasukan mencari dan menyelamat (SAR) yang menjumpai mangsa kemudiannya memaklumkan pihak polis bagi proses pengecaman. Mangsa kemudian dibawa ke jeti di Kampung Panchor dan seterusnya dibawa ke hospital.
"Operasi SAR ditamatkan pada pukul 4.45 petang," menurut kenyataan itu.
Semalam, JBPM Sarawak memaklumkan seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun dilaporkan hilang selepas dikhuatiri terjatuh ke dalam Sungai Daro di Kampung Panchor, Daro.
Menurut laporan JBPM Sarawak, mangsa dipercayai keluar sendiri melalui pintu belakang rumah tanpa disedari ibu dan bapanya.
Bapa kanak-kanak itu kemudian menemui kesan tapak kaki anaknya menuju ke sungai kira-kira pukul 1 tengah hari sebelum menghubungi pihak bomba.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Kanak-kanak perempuan berusia enam tahun yang dilaporkan hilang di Sungai Daro ditemui meninggal dunia berhampiran Kampung Lemang Pek.
- Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak mengesahkan penemuan jasad kanak-kanak tersebut pada pukul 4 petang.
- Operasi mencari dan menyelamat (SAR) diakhiri pada pukul 4.45 petang setelah penemuan mangsa yang kemudiannya dibawa ke hospital.