NATIONAL
Kanak-kanak hilang di perairan Sandakan ditemui lemas
Mayat mangsa ditemukan seorang nelayan pada jam 5.44 petang di perairan sekitar Pulau Berhala. - Gambar hiasan
SANDAKAN: Selepas tiga hari operasi mencari dan menyelamat dijalankan, mayat mangsa terakhir dalam tragedi lemas di perairan Sandakan - seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun - akhirnya ditemukan semalam. Operasi kini ditamatkan sepenuhnya.
Menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Sandakan, mayat Adzlinda Adzwan ditemukan seorang nelayan pada jam 5.44 petang di perairan sekitar Pulau Berhala, kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa dilaporkan hilang.
Mangsa kemudian dibawa ke jeti marin dan diserahkan kepada pasukan penyelamat sebelum disahkan oleh ahli keluarga pada jam 8.25 malam. Operasi SAR ditamatkan secara rasmi pada jam 8.30 malam.
Tragedi yang berlaku sejurus selepas tengah malam Ahad itu membabitkan empat individu - Piping Ahmad, 29, yang terselamat; dua anaknya Adzriel Adzwan, 5, dan Adzlinda Adzwan, 6; serta sepupunya Ahmad Asmin, 22.
Menurut siasatan awal polis, wanita tersebut dipercayai cuba terjun ke laut bersama dua anaknya. Ahmad yang merupakan bapa saudara kepada dua beradik itu pula dipercayai cuba untuk menyelamatkan mereka, namun turut lemas.
Kes disiasat mengikut Seksyen 309 Kanun Keseksaan.
Adzriel ditemui lemas pada hari pertama pencarian berhampiran pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia, manakala Ahmad Asmin ditemukan pada hari kedua. Penemuan mayat Adzlinda pada hari ketiga menandakan semua mangsa kini telah ditemukan.
Operasi SAR melibatkan pelbagai agensi termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat, Polis Diraja Malaysia dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia. Aset yang digunakan termasuk bot aluminium, kenderaan pacuan empat roda, aset amfibia Sealeg dan unit dron bagi pemantauan udara.

*Orang ramai dialu-alukan membuat aduan sekiranya berhadapan masalah ketidakstabilan emosi.
Mereka boleh berkongsi masalah atau dilema yang dihadapi dengan para sukarelawan terlatih di Befrienders.
Befrienders ialah sebuah pertubuhan bukan berasaskan keuntungan yang menyediakan khidmat sokongan emosi 24 jam sehari, 7 hari seminggu, kepada mereka yang mengalami kemurungan dan mempunyai niat untuk membunuh diri.
Befrienders boleh dihubungi di talian 03-76272929 atau e-mel kepada sam@befrienders.org.my untuk bantuan.
Panggilan adalah percuma.