awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ahli Parlimen Britain Dan Norris ditangkap semula atas dakwaan kesalahan seksual
Sentimen industri pembuatan Singapura kekal positif di tengah-tengah tekanan global
Rasuah: Bekas Menteri Keadilan China dijatuhi hukuman penjara seumur hidup
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak hilang Jumaat lepas ditemukan selamat

Bernama
Bernama
08/09/2024
02:15 MYT
Kanak-kanak hilang Jumaat lepas ditemukan selamat
Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas ditemukan selamat semalam, kata Ketua Polis Daerah Hulu Selangor.
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang dilaporkan hilang pada Jumaat lepas ditemukan selamat semalam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Supt Ahmad Faizal Tahrim berkata, Mohammed Ahil Sekh Abdul Alim dijumpai pada 7.15 malam di Bukit Beruntung dan telah diserahkan kepada ibu bapanya.
"Ketika ditemukan Mohammed Ahil Sekh sedang bermain dengan rakan-rakan di hadapan rumah di sebuah lorong di taman perumahan dan dalam keadaan sihat serta selamat.
"Beliau dijumpai oleh pemilik Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung lokasi terakhir Mohammed Ahil Sekh dilihat," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.
Semalam, polis memohon bantuan orang ramai untuk mengesan Mohammed Ahil Sekh yang beralamat di sebuah pangsapuri di Rawang, Selangor dan kali terakhir dilihat di Masjid Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid, Bukit Beruntung. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak hilang
#Bukit Beruntung
#Mohammed Ahil Sekh hilang
#Madrasah Tahfiz Al-Quran Al Walid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan