awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki 11 tahun ditemui, JKM cari waris

Bernama
Bernama
24/11/2015
02:46 MYT
Kanak-kanak lelaki 11 tahun ditemui, JKM cari waris
Sementara menunggu warisnya ditemui, Muhammad Aimi Akmal Abdullah (gambar) telah ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti di Pulau Pinang. - fotoBERNAMA
Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kuala Muda mencari waris seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun yang ditemui orang ramai berhampiran sebuah pasaraya di Taman Sejati, dekat sini.
Penolong Pegawai Kebajikan Masyarakat Daerah Kuala Muda, Faezah Nadiah Md Sairy berkata, maklumat awal yang diperoleh adalah kanak-kanak itu bernama Muhammad Aimi Akmal Abdullah dan sebelum ini dikatakan tinggal bersama bapa saudara dikenali sebagai Shankar dan Guna.
"Kanak-kanak itu mendakwa pernah menetap di Alma, Bukit Mertajam, Pulau Pinang bersama saudaranya dan tidak pernah bertemu ibu dan bapa kandungnya.
"Muhammad Aimi Akmal ditemui orang awam yang berbelanja di situ sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda dan JKM," katanya dalam kenyataan kepada Bernama pada Isnin.
Faezah Nadiah berkata Muhammad Aimi kini ditempatkan di Rumah Kanak-kanak Taman Bakti, Pulau Pinang atas perintah jagaan sementara mengikut Seksyen 19 Akta Kanak-kanak 2001.
Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat diminta menghubungi Pejabat JKM Daerah ataupun bercakap dengan Faezah di talian 04-420 4900 atau 013-231 8524.
Topic Berkaitan
#Jabatan Kebajikan Masyarakat
#jkm
#kanak-kanak hilang
#Muhammad Aimi Akmal Abdullah
#Rumah Kanak-kanak Taman Bakti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan