awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rasuah: Bekas wanita pertama Korea Selatan dijatuhkan hukuman penjara
Ringgit meningkat semula, antara mata wang berprestasi terbaik di Asia - Ahli Ekonomi Bank Dunia
Tiga lelaki didakwa jadi ahli Geng Captain Praba
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki empat tahun maut dilanggar MPV

Bernama
Bernama
28/10/2025
03:10 MYT
Kanak-kanak lelaki empat tahun maut dilanggar MPV
Siasatan awal polis mendapati kemalangan berlaku pada 6.30 petang ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu lelaki berusia 32 tahun dari kawasan perumahan itu menuju ke jalan Tanjung Lumpur.
KUANTAN: Seorang kanak-kanak lelaki empat tahun maut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan ketika berbasikal berhampiran surau di Perumahan Rakyat Pak Mahat, di sini, semalam.
Ketua Polis Daerah Kuantan, ACP Ashari Abu Samah berkata, Muhammad Zulfan Adwa Mohd Zulkifli meninggal dunia pada 2.24 pagi tadi, di Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA), di sini.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku pada 6.30 petang ketika kenderaan pelbagai guna (MPV) dipandu lelaki berusia 32 tahun dari kawasan perumahan itu menuju ke jalan Tanjung Lumpur.
"Semasa membelok ke kiri, pemandu berkenaan dipercayai melanggar mangsa yang menunggang basikal di tengah jalan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Ashari berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak maut
#maut dilanggar MPV
#Perumahan Rakyat Pak Mahat
#kenderaan pelbagai guna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan