awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki hilang di sungai ditemukan lemas

Bernama
Bernama
02/03/2023
06:06 MYT
Kanak-kanak lelaki hilang di sungai ditemukan lemas
Operasi mencari dan menyelamat yang bersambung pagi tadi turut melibat polis, Angkatan Pertahanan Awam, bomba termasuk Pasukan Penyelamat Di Air BBP Pekan serta dua ekor anjing pengesan bomba. - Foto Sinar Harian
KUANTAN: Kanak-kanak lelaki yang dilaporkan hilang di Sungai Pasir, Kampung Seri Makmur, Pekan dekat sini semalam, ditemukan lemas hari ini.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pekan Wan Samsul Effendi Wan Mahmud berkata mayat Muhammad Hafizhan Abd Zaib, 10, ditemukan pada 12.10 tengah hari kira-kira 50 meter dari lokasi dia dipercayai hilang.
Mayat kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
Beliau berkata operasi mencari dan menyelamat yang bersambung pagi tadi turut melibat polis, Angkatan Pertahanan Awam, bomba termasuk Pasukan Penyelamat Di Air BBP Pekan serta dua ekor anjing pengesan bomba.
Muhammad Hafizhan dilaporkan hilang selepas disyaki tergelincir di tebing alur ladang kelapa sawit yang dinaiki air akibat hujan lebat berterusan sejak dua hari lepas, sebelum dibawa arus ke anak sungai tersebut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kanak-kanak lelaki lemas
#Wan Samsul Effendi Wan Mahmud
#Pasukan Penyelamat Di Air BBP Pekan
#Muhammad Hafizhan Abd Zaib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan