MALAYSIA
Kanak-kanak lelaki maut terjatuh dari tingkat lapan
Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat lapan sebuah flat di Pelabuhan Klang, pagi tadi. - Foto Sinar Harian
SHAH ALAM: Seorang kanak-kanak lelaki berusia empat tahun ditemukan maut dipercayai akibat terjatuh dari tingkat lapan sebuah flat di Pelabuhan Klang, dekat sini pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Daerah Klang Selatan Supt Kamalariffin Aman Shah berkata pihaknya dimaklumkan mengenai kejadian itu menerusi panggilan kecemasan kira-kira pukul 8 pagi tadi yang melaporkan terdapat kanak-kanak terjatuh dari bangunan terbabit.
Beliau berkata kejadian itu berlaku ketika bapa kanak-kanak berkenaan berada di tempat kerja manakala ibunya telah keluar dari rumah untuk menghantar anak keduanya ke rumah pengasuh.
"Siasatan awal mendapati kanak-kanak warga tempatan itu dipercayai terjatuh dari tingkap rumahnya di tingkat lapan flat itu. Mangsa telah dikejarkan ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan kecemasan, namun telah disahkan meninggal dunia semasa rawatan dijalankan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Kamalariffin berkata hasil bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan di bahagian kepala akibat jatuh dari tempat tinggi.
Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2001 dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan menerusi talian 03-33762222 untuk membantu siasatan.
-- BERNAMA

#kanak-kanak jatuh tingkat lapan
#flat di Pelabuhan Klang
#Polis Daerah Klang Selatan
#kanak-kanak empat tahun