awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
YAPEIM peruntuk RM16.44 juta laksana 356 projek bina, baik pulih rumah sejak 2020
Ibu, ibu saudara ditahan bantu siasatan budak enam tahun lemas di kolam air panas
Tiga lelaki ditahan disyaki seludup 10 tan beras siam
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak lelaki tiga tahun cedera digigit anjing

Bernama
Bernama
03/07/2025
22:00 MYT
Kanak-kanak lelaki tiga tahun cedera digigit anjing
Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun cedera di betis kiri selepas digigit seekor anjing, ketika berjalan pulang ke rumah selepas bermain di taman permainan pada Selasa lalu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang kanak-kanak lelaki tiga tahun cedera di betis kiri selepas digigit seekor anjing, ketika berjalan pulang ke rumah selepas bermain di taman permainan di Lake Edge Puchong, di sini, bersama neneknya pagi semalam (Selasa).
Ketua Polis Daerah Serdang, ACP Muhamad Farid Ahmad berkata, dalam kejadian 8.10 pagi itu, mangsa yang sedang berjalan bersama neneknya secara tiba-tiba diserang seekor anjing jenis kacukan German Shepard, yang dipercayai terlepas dari rumah pemiliknya.
Berikutan kejadian itu, Muhamad Farid berkata, pihaknya telah menahan seorang wanita berusia 60 tahun yang merupakan pemilik anjing berkenaan pada Khamis bagi membantu siasatan.
"Siasatan awal mendapati wanita tersebut tidak memiliki lesen anjing yang sah daripada pihak berkuasa tempatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 289 Kanun Keseksaan, atas kesalahan kecuaian berkaitan haiwan.
"Jika sabit kesalahan boleh membawa hukuman penjara sehingga enam bulan atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya sekali," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Muhamad Farid menasihati semua pemilik haiwan peliharaan supaya memastikan haiwan mereka dijaga rapi agar tidak mengancam keselamatan awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#digigit anjing
#German Shepard
#kanak-kanak tiga tahun
#Lake Edge Puchong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan