MALAYSIA
Kanak-kanak lima tahun maut dipercayai lemas di kolam rumah kelab
Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai lemas ketika mandi bersama rakan-rakan di sebuah kolam rumah kelab di Lenggeng tengah hari tadi. - Gambar fail
SEREMBAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun maut dipercayai lemas ketika mandi bersama rakan-rakan di sebuah kolam rumah kelab di Lenggeng di sini tengah hari tadi.
Ketua Polis Negeri Datuk Alzafny Ahmad berkata siasatan awal mendapati mangsa dilaporkan hilang daripada pandangan ibu bapanya semasa menghadiri majlis penyampaian hadiah sebuah tadika.
Beliau berkata dalam kejadian kira-kira 12.15 tengah hari itu, mangsa kemudiannya ditemukan tidak sedarkan diri di dalam kolam berkenaan sebelum diberikan bantuan resusitasi kardiopulmonari (CPR) oleh orang awam sementara menunggu ambulans tiba.
"Mangsa dikejarkan ke Hospital Tuanku Ja'afar Seremban (HTJS) dan tiba di Zon Merah Jabatan Kecemasan pada 1.06 tengah hari sebelum disahkan meninggal dunia ketika tiba oleh pegawai perubatan bertugas," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata laporan kejadian dirujuk kepada Bahagian Siasatan Jenayah pada 3.32 petang tadi bagi tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.
-- BERNAMA