MALAYSIA
Kanak-kanak maut jatuh pangsapuri: Tiga individu sudah dirakam keterangan - Polis
Shahrulnizam berkata, ketiga-tiga individu yang telah diambil keterangan tinggal di unit sama bersama ibu dan mangsa. - Gambar fail
PETALING JAYA: Polis sudah merakam keterangan tiga individu, termasuk ibu saudara, bapa saudara dan rakan ibu mangsa, berhubung kes seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun yang maut dipercayai terjatuh dari tingkat enam sebuah pangsapuri di Kota Damansara, di sini Khamis lalu.
Ringkasan AI
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, ketiga-tiga individu terbabit tinggal di unit sama bersama ibu dan mangsa.
"Setakat ini, polis masih belum merekodkan keterangan ibu mangsa kerana beliau berada di Perak untuk menguruskan pengebumian anaknya,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Menurut Shahrulnizam, polis juga akan memanggil tiga lagi individu yang merupakan jiran mangsa, dipercayai mendengar bunyi objek terjatuh dan keadaan bising ketika kejadian berlaku.
"Selepas semua keterangan selesai diambil, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.42 petang.
Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di laluan pejalan kaki sebelum pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kanak-kanak berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak lelaki berusia tiga tahun ditemui meninggal dunia di laluan pejalan kaki selepas dipercayai terjatuh dari tingkat enam di Kota Damansara.
- Tiga individu termasuk ibu saudara, bapa saudara dan rakan ibu mangsa telah dirakam keterangan; ibu mangsa masih belum dirakam kerana menguruskan pengebumian.
- Polis akan memanggil tiga jiran yang dipercayai mendengar bunyi jatuhan dan suasana bising; kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya selepas selesai.
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shahrulnizam Ja’afar berkata, ketiga-tiga individu terbabit tinggal di unit sama bersama ibu dan mangsa.
"Setakat ini, polis masih belum merekodkan keterangan ibu mangsa kerana beliau berada di Perak untuk menguruskan pengebumian anaknya,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.
Menurut Shahrulnizam, polis juga akan memanggil tiga lagi individu yang merupakan jiran mangsa, dipercayai mendengar bunyi objek terjatuh dan keadaan bising ketika kejadian berlaku.
"Selepas semua keterangan selesai diambil, kertas siasatan akan diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya," katanya.
Media sebelum ini melaporkan, polis menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian itu kira-kira jam 4.42 petang.
Mangsa ditemukan dalam keadaan terbaring di laluan pejalan kaki sebelum pasukan perubatan yang tiba di lokasi mengesahkan kanak-kanak berkenaan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

#Polis Diraja Malaysia
#Rakam keterangan
#punca kematian
#kanak-kanak maut terjatuh pangsapuri
#Kota Damansara
#terkini