MALAYSIA
Kanak-kanak maut, motosikal ditunggang kakak berusia 11 tahun bertembung van
Kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik itu keluar dari simpang sebelum memasuki laluan utama dan bertembung dengan van dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas. - Gambar/ PDRM
TANAH MERAH: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas motosikal yang ditunggang kakaknya berusia 11 tahun bertembung dengan sebuah van di Jalan Tanah Merah-Pasir Mas berhampiran Kampung Bukit Merah di sini pada Sabtu.
Ringkasan AI
Dalam kejadian kira-kira jam 6.30 petang itu, mangsa, Nur Irdina Aulia Zainudin yang membonceng motosikal berkenaan parah dan disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah pada jam 8.30 malam.
Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Superintenden Mohd Haki Hasbullah berkata, siasatan awal kemalangan dipercayai berlaku apabila motosikal dinaiki dua beradik itu keluar dari simpang sebelum memasuki laluan utama dan bertembung dengan van dari arah Tanah Merah menghala ke Pasir Mas.
“Bedah siasat akan dijalankan bagi mengenal pasti punca sebenar kematian.
“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau turut menasihatkan orang ramai supaya mematuhi peraturan jalan raya dan memastikan hanya individu yang memiliki lesen sah dibenarkan mengendalikan kenderaan demi keselamatan bersama. - Sinar Harian
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun maut selepas motosikal yang ditunggang kakaknya berusia 11 tahun bertembung dengan sebuah van berhampiran Kampung Bukit Merah, Tanah Merah. Mangsa disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di Hospital Tanah Merah.
- Siasatan awal mendapati motosikal dinaiki dua beradik itu keluar dari simpang sebelum memasuki laluan utama dan bertembung dengan van dari arah Tanah Merah ke Pasir Mas.
- Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pihak polis menasihatkan orang ramai agar mematuhi peraturan jalan raya serta memastikan hanya individu yang memiliki lesen sah dibenarkan mengendalikan kenderaan.