MALAYSIA
Kanak-kanak perempuan 12 tahun hilang sejak Sabtu lepas
Adriana Batrisya, yang mengalami sakit dalam perut, dilaporkan hilang selepas keluar dari rumah di Perumahan Kos Rendah Sungai Tong pada Sabtu. - Foto Sinar Harian
BANDAR PERMAISURI: Seorang kanak-kanak perempuan yang mengalami masalah kesihatan dilaporkan hilang selepas sehari tidak pulang ke rumah keluarganya di Perumahan Kos Rendah Sungai Tong di sini.
Ketua Polis Daerah Setiu Supt Mohd Zain Mat Dris berkata Adriana Batrisya Mohd Ridzuan,12, yang mengalami sakit dalam perut dilaporkan keluar rumah sejak petang Sabtu lepas.
Beliau berkata bapa kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Sungai Tong petang semalam selepas gagal mengesan anaknya.
"Siasatan awal mendapati kanak-kanak itu telah berhenti sekolah sewaktu di Tahun Empat disebabkan masalah kesihatan dihidapinya dan sejak itu dia hanya tinggal bersama ibu dan bapanya serta seorang adik lelaki berumur 8 tahun.
"Sepanjang tidak bersekolah, dia hanya tinggal di rumah dan tidak mempunyai kawan rapat namun kanak-kanak ini dipercayai berkawan dengan seorang lelaki yang dikenali melalui aplikasi TikTok," katanya dalam kenyataan.
Orang ramai yang mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD Setiu) di talian 09-609 8222 atau mana-mana balai polis berdekatan.
-- BERNAMA

#kanak-kanak hilang
#Adriana Batrisya Mohd Ridzuan
#Perumahan Kos Rendah Sungai Tong
#keluar dari rumah
#Setiu