awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DUNIA
Ketua tentera Iran gesa penduduk Haifa, Tel Aviv berpindah, beri amaran serangan balas bakal dilancar
DUNIA
"Pertempuran bermula", pemimpin tertinggi Iran umum fasa baharu konflik
DUNIA
Benjamin Netanyahu "ancaman terbesar" kepada keselamatan Asia Barat – Erdogan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

NATIONAL

Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
19/04/2024
09:24 MYT
Kanak-kanak perempuan 8 tahun cedera dipercayai jadi mangsa buli anak jiran
Polis menerima laporan daripada pengasuh mangsa pada 11 April lalu. - Foto/ Media sosial
KAJANG: Polis mengesahkan menerima laporan kejadian kanak-kanak berusia lapan tahun, dipercayai menjadi mangsa buli anak jiran di Hulu Langat, di sini baru-baru ini.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kajang, Superintenden Mohamad Nasir Drahman berkata, pihaknya menerima laporan itu daripada pengasuh mangsa pada 11 April lalu.
Berdasarkan pemeriksaan awal katanya, mangsa mengalami kecederaan di kaki.
"Berdasarkan siasatan, kita mengenal pasti empat hingga lima suspek berusia antara enam dan lapan tahun," katanya dalam kenyataan di sini, pada Jumaat.
Mohamad Nasir memberitahu, kesemua suspek akan diambil keterangan dalam masa terdekat.
Kes itu kataya, disiasat mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-kanak 2002 bagi keslaahan penganiayaan atau pengabaian ke atas kanak-kanak.
Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu supaya menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Muhammad Tasnim Muhamed Nor di talian 014-6209960 atau mana-mana balai polis berhampiran dengan segera.
Sebelum ini tular hantaran di media sosial mendakwa mangsa dipukul sehingga cedera di kaki, perut dan anggota sulitnya.
Kanak-kanak itu kemudian dilaporkan dimasukkan he Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk menjalani rawatan.
Kes itu turut mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri.
Topic Berkaitan
#Kanak-kanak
#mangsa buli
#kes buli
#anak jiran
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami