MALAYSIA

Kanak-kanak perempuan dipercayai lemas di Pantai Tanjung Pahang

Bernama 10/01/2026 | 21:00 MYT
Operasi menyelamatkan kanak-kanak perempuan yang lemas di Pantai Tanjung Pahang, Kuala Rompin, petang semalam, melibatkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rompin. - Foto JBPM Pahang
KUANTAN: Seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun dipercayai lemas di Pantai Tanjung Pahang, Kuala Rompin, petang semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.45 petang.

"Mangsa telah ditemukan oleh orang awam dalam keadaan tidak sedarkan diri dan diberikan bantuan pernafasan," katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Jurucakap itu memaklumkan mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian pada 6.45 petang.

Operasi melibatkan tujuh anggota Balai Bomba dan Penyelamat Rompin dengan kekuatan masing-masing sebuah jentera Fire Rescue Tender (FRT) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS).

Kanak-kanak lemas, panduan CPR diberi melalui panggilan video

-- BERNAMA


#lemas #kanak-kanak lemas #JBPM Pahang #Pantai Tanjung Pahang