awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
PASFA bayar dividen RM1.508 juta kepada 750 peserta tahun ini - Wan Rosdy
MEF sambut baik gesaan kerajaan ke arah ekosistem perniagaan yang lebih kukuh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak perempuan lemas ketika sauk ikan

Bernama
Bernama
07/09/2022
20:03 MYT
Kanak-kanak perempuan lemas ketika sauk ikan
Supt Abdul Rozak Muhammad, Ketua Polis Daerah Besut. - Gambar fail
BESUT: Seorang kanak-kanak perempuan kelas Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) Sekolah Kebangsaan Tempinis ditemukan lemas di tali air di Kampung Tasik Nibong, Bukit Jeruk di Jabi dekat sini, petang semalam.
Mangsa Saidatul Insyirah Abdul Muin, 10, yang mempunyai masalah pembelajaran dikatakan pergi ke tempat kejadian bersama dua yang lain termasuk adiknya, Saidatul Fatimah untuk menyauk anak ikan.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kejadian yang berlaku sekitar 1.30 tengah hari itu diketahui bapa mangsa Abdul Muin Muhammad, 39, apabila adik mangsa pulang memberitahu bahawa kakaknya dipercayai terjatuh ke dalam tali air tersebut.
"Bapa mangsa segera ke lokasi kejadian yang terletak kira-kira 500 meter dari Sekolah Pondok Raudhatul Muhammad, tempat mereka tinggal.
"Terdapat pelajar sekolah pondok tersebut terjun ke dalam tali air itu untuk membantu mencari mangsa sebelum menemukan mangsa tidak lama kemudian," katanya kepada pemberita.
Abdul Rozak berkata mangsa dibawa naik ke darat dalam keadaan tidak sedarkan diri sebelum dikejarkan ke Klinik Kesihatan Jabi oleh bapanya untuk mendapatkan rawatan.
Bagaimanapun katanya pemeriksaan pegawai perubatan di klinik kesihatan tersebut mendapati mangsa telah meninggal dunia.
"Mayat mangsa kemudian dihantar ke Unit Forensik Hospital Daerah Besut kira-kira 6.40 petang tadi untuk bedah siasat," katanya sambil memaklumkan siasatan awal mendapati tiada unsur jenayah dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes lemas
#Kanak-kanak
#Tali air
#sauk ikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan