MALAYSIA
Kanak-kanak perempuan meninggal dunia kerana strok haba di Gua Musang - Polis
Polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3.50 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan penemuan kanak-kanak berkenaan.
KOTA BHARU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun disahkan meninggal dunia akibat strok haba selepas ditemukan tidak sedarkan diri di dalam sebuah kenderaan di Tanah Putih, Gua Musang, semalam.
Ketua Polis Daerah Gua Musang Supt Sik Choon Foo berkata polis menerima laporan mengenai kejadian itu pada 3.50 petang daripada seorang lelaki yang memaklumkan penemuan kanak-kanak berkenaan.
Beliau berkata mangsa dibawa ke Hospital Gua Musang untuk mendapatkan rawatan namun disahkan meninggal dunia sebaik tiba di hospital.
"Hasil bedah siasat dijalankan pakar Patologi Forensik mendapati punca kematian kanak-kanak tersebut adalah akibat heat stroke," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 dan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut serta masih dalam siasatan.
Sik berkata orang ramai dinasihatkan supaya tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian itu bagi mengelak kekeliruan dalam masyarakat.
Beliau berkata ibu bapa dan penjaga juga dinasihatkan memastikan keselamatan anak-anak sentiasa di bawah pemantauan serta tidak meninggalkan mereka tanpa pengawasan terutama di dalam kenderaan.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Balai Polis Gua Musang di talian 09-9121222 atau balai polis berhampiran," katanya.
-- BERNAMA