awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China larang pemegang pintu tersembunyi pada EV demi aspek keselamatan
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak terbiar: Saifuddin yakin cadangan pinda Perlembagaan babit warganegara dapat sokongan

Faida Rahim
Faida Rahim
11/03/2024
04:10 MYT
Kanak-kanak terbiar: Saifuddin yakin cadangan pinda Perlembagaan babit warganegara dapat sokongan
Saifuddin Nasution berkata, beliau kini dalam siri memberi penjelasan di Parlimen berhubung cadangan itu. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, yakin cadangan kerajaan untuk meminda Perlembagaan Persekutuan berhubung undang-undang warganegara akan mendapat sokongan Ahli Parlimen.
Katanya, beliau kini dalam siri memberi penjelasan di Parlimen berhubung cadangan itu.
“Saya sekarang dalam siri memberi penjelasan kepada Ahli Parlimen. Dan saya yakin jika saya berpeluang untuk terus memberikan penjelasan macam ini, seperti sekarang saya jelaskan pada rakan wartawan dan wartawan bantu tulis, saya yakin pindaan ini boleh mendapat sokongan yang diperlukan,” katanya.
Beliau mengulas kenyataan Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim, bahawa kerajaan tiada sebab meminda peruntukan yang memberi kewarganegaraan melalui undang-undang kepada kanak-kanak terbiar.
Kata Hassan seperti dilapor sebuah portal, kerajaan merancang mahu membuat pindaan untuk menyekat pemberian kewarganegaraan seperti itu.
Katanya, rancangan ini dijangka mendapat tentangan dalaman di Dewan Rakyat.
“Apa gunanya kerajaan gelar diri mereka sebagai pembawa ‘reformasi’ dan kerajaan Madani, tetapi apabila bercakap mengenai hak asasi, dan asasi manusia bayi yang tidak berdosa, mereka tidak menunjukkan sebarang belas kasihan, kasih sayang dan berperikemanusiaan,” katanya.
Topic Berkaitan
#pindaan perlembagaan
#taraf warganegara
#kanak-kanak terbiar
#Kerajaan Madani
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan