MALAYSIA
Kanak-kanak terjatuh parit ditemukan lemas
Ricky Peter Bandang, ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Sebaru, Bintulu. -Foto JBPM Sarawak
BINTULU: Seorang kanak-kanak lelaki yang dilaporkan terjatuh ke dalam parit di Jalan Sebaru di sini semalam ditemukan lemas malam tadi.
Ringkasan AI
Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak dalam kenyataan hari ini memaklumkan mangsa dikenali sebagai Ricky Peter Bandang berusia tujuh tahun.
"Sebaik sahaja menerima panggilan pada 8.45 malam, pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bintulu telah digerakkan ke lokasi yang jaraknya terletak sejauh enam kilometer.
"Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi dan kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," menurut kenyataan itu.
Pasukan operasi bertindak menggunakan teknik pencarian di permukaan dan operasi mencari dan menyelamat ditamatkan pada 10.07 malam.
-- BERNAMA
Ringkasan AI
- Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun, Ricky Peter Bandang, ditemukan lemas selepas terjatuh ke dalam parit di Jalan Sebaru, Bintulu.
- Pasukan bomba dari BBP Bintulu digerakkan ke lokasi sejauh enam kilometer dan operasi mencari serta menyelamat ditamatkan pada jam 10.07 malam.
- Mangsa disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan dan diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.