awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kanak-kanak tiga tahun dari Selangor alami difteria - KP Kesihatan

Bernama
Bernama
24/08/2016
01:29 MYT
Kanak-kanak tiga tahun dari Selangor alami difteria - KP Kesihatan
Ujian kultur swab tekak pesakit didapati positif bakteria Corynebacterium difteria. - Gambar hiasan
Satu kes difteria melibatkan seorang kanak-kanak berusia tiga tahun dilaporkan oleh Jabatan Kesihatan Negeri Selangor.
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kanak-kanak itu tidak pernah mendapat imunisasi difteria kerana keluarganya mengamalkan kaedah rawatan homeopati.
"Kanak-kanak ini mula mengalami demam, batuk dan muntah sejak 13 Ogos lalu. Pesakit dibawa ke Hospital Sungai Buloh pada Khamis lepas (18 Ogos) kerana sesak nafas dan terus dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi untuk rawatan dan pengawasan rapi.
"Ujian kultur swab tekak pesakit ini didapati positif bakteria Corynebacterium difteria. Pesakit telah menerima rawatan antitoksin dan kini masih diberi rawatan antibiotik," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata setakat ini, kesemua 14 kontak terdekat kanak-kanak itu berada dalam keadaan sihat termasuk tiga daripada mereka tinggal serumah dengan pesakit dan 11 lagi di rumah pengasuh, namun status imunisasi kesemua kontak adalah tidak lengkap dan pemantauan ke atas mereka masih diteruskan.
Noor Hisham berkata bilangan kes disahkan difteria di Malaysia setakat ini, meningkat kepada 27 kes termasuk lima kematian iaitu sembilan kes di Kedah dengan satu kematian, tujuh kes di Negeri Sembilan, lima kes di Sabah dengan tiga kematian, tiga kes di Melaka dengan satu kematian, dua kes di Pulau Pinang dan satu kes terbaru di Selangor.
Beliau menegaskan bahawa istilah vaksin homeopati tidak diiktiraf oleh badan-badan homeopati antarabangsa termasuklah Majlis Perubatan Homeopati Malaysia.
"Malah, badan-badan ini menyokong pemberian vaksin konvensional sebagai satu cara yang berkesan dan selamat bagi melindungi daripada penyakit cegahan vaksin dan komplikasinya.
"Vaksin sedia ada telah terbukti keberkesanan dan keselamatannya melalui kajian saintifik berskala besar sebelum ia digunakan ke atas manusia," katanya.
Justeru, beliau menyeru agar ibu bapa memastikan anak-anak mereka di bawah umur tujuh tahun diberikan imunisasi.
Pastikan mereka mendapat imunisasi lengkap untuk keberkesanan optima bagi mengelak jangkitan penyakit cegahan vaksin dan komplikasinya, kata beliau.
Topic Berkaitan
#difteria
#homeopati
#imunisasi
#KP Kesihatan
#Noor Hisham Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan