Kanopi roboh, elak guna Pusat Pemeriksaan Tuas - ICA

Astro Awani
Ogos 3, 2016 02:00 MYT
Beberapa pengguna media sosial berkongsi foto dan melaporkan insiden tersebut seawal jam 5:35 pagi - Foto Facebook/Suthen Shemuel
Angin kencang dan hujan lebat pada Rabu menyebabkan kanopi di Pusat Pemeriksaan Tuas roboh, hingga mengakibatkan kesesakan jalan raya.
Beberapa pengguna media sosial berkongsi foto dan melaporkan insiden tersebut seawal jam 5:35 pagi, yang menunjukkan kesesakan di bahagian kemasukan pengguna kenderaan dari Johor ke Singapura.
Kanopi yang roboh itu menyebabkan perjalanan pengguna jalan raya tersekat.
Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) menasihatkan semua kenderaan yang mahu memasuki republik itu agar mengelakkan daripada menggunakan Pusat Pemeriksaan Tuas:
"Kemalangan berlaku di Pusat Pemeriksaan Tuas pada pukul 5.35 pagi ini. Lebih banyak maklumat akan diberi sebaik sahaja diperolehi.”
#pusat pemeriksaan Tuas #Second Link #Singapura