Kapal kemanusiaan Al-Awda 'Right to a Just Future for Palestine' (JFP) dalam misi memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza, ditawan tentera laut rejim Israel.
Kapal yang membawa 22 aktivis kemanusiaan, termasuk wakil tunggal Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh, dipintas tentera laut rejim dan ditunda ke Pelabuhan Ashdod, Israel.
Insiden itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCARE) Kamarul Zaman Shaharul Anwar. Dr Afandi juga merupakan aktivis MyCARE.
BACA: Kapal misi kemanusiaan dipercayai dirampas Israel berhampiran Gaza
Kapal dengan 22 aktivis pelbagai latar belakang dari 16 negara itu berlepas dari Messina lapan hari yang lalu. Ia dilaporkan terputus hubungan jam 7.15 (waktu Malaysia) kurang 49 batu nautika dari Gaza.
Kapal ini turut membawa bekalan perubatan bernilai RM61,000.
Misi pelayaran kemanusiaan dengan mesej keamanan itu adalah simbolik penentangan masyarakat antarabangsa ke atas kepungan haram rejim Israel ke atas Gaza sejak 2007.
Aktivis lain di atas kapal ahli politik Norway Mikkel Gruner, doktor pakar ortopedik United Kingdom, Dr Ang Swee Chai, aktivis kemanusiaan warganegara Israel, Zohar Chamberlain Regev serta bekas atlet Norway, Prof Gerd Von der Lippe.
Kapal Al-Awda serta dua buah kapal kecil, Huriyyah dan Falastine, meninggalkan pelabuhan Messina, Sicily Itali untuk meneruskan misi Right to A Just Future for Palestine kira-kira jam 4 petang(waktu Malaysia) pada 22 Julai.
Pelayaran 'Right to a Just Future for Palestine' bermula pada 22 Mei lalu di Copenhagen, Denmark dan telah melalui 28 pelabuhan di pelbagai lokasi serta peserta bersilih ganti menaiki kapal di lokasi berbeza dan telah melalui 5,794 batu nautika sejak mula pelayaran.
Usaha memecahkan kepungan Israel ke atas Gaza bermula pada 2010 melalui Freedom Flotilla yang menyaksikan sembilan aktivis Turki ditembak mati komando Israel yang menawan kapal Mavi Marmara.
Ketika insiden, kapal kemanusiaan yang turut dinaiki 12 aktivis dari Malaysia itu berada pada kedudukan 70 batu nautika dari pantai Gaza.
Kenyataan Media
Sun Jul 29 2018

Kapal yang membawa 22 aktivis kemanusiaan, termasuk wakil tunggal Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh, dipintas tentera laut rejim dan ditunda ke Pelabuhan Ashdod, Israel. - Facebook/MyCARE

Rafizi dinasihat tidak terlalu obsesi kejar jawatan
Syed Badli Shah juga menggesa audit forensik diadakan secara menyeluruh terhadap keputusan pemilihan termasuk undi dalam talian.

Kedai di Kampung Masjid Iboi terbakar
Kebakaran memusnahkan lebih 80 peratus rumah kedai kelas A terbabit.

Banjir Baling: Nurul Anis sempat pilih nama anak dalam kandungan
Nurul Anis memilih nama Muhammad Aidan yang membawa maksud anak lelaki penuh semangat, berakhlak dan tegas.

Banjir Baling: Jumlah mangsa menurun
Sebanyak 159 mangsa daripada 50 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jerai.

Galtier dinamakan jurulatih baharu PSG, Pochettino ucap selamat tinggal
Galtier kini ditugaskan untuk menamatkan penantian gelaran PSG dalam Liga Juara-Juara Eropah.

Niaga AWANI: Ekonomi | Impak kenaikan OPR kepada pinjaman
Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka menaikkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 25 mata asas bagi mengawal inflasi barangan, kata Perancang Kewangan Berlesen, Rafiq Hidayat Mohd Ramli. Menurut, ada kemungkinan besar bank akan menghantar surat kepada peminjam kadar berubah mengenai bayaran bulanan naik susulan jangkaan kenaikan OPR itu.

Suspek tikam ibu kandung direman 7 hari
Penahanan reman terhadap lelaki itu dikeluarkan bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS
Ringgit dibuka rendah berbanding dengan dolar AS memandangkan dolar terus mengukuhkan daya tarikannya sebagai mata wang selamat.

Niaga AWANI: Segera batalkan pengharaman eksport ayam
Sekatan eksport ayam ke Singapura hanya akan menyebabkan kehilangan pasaran sedia ada sekiranya ia berlanjutan, seterusnya merugikan negara ini, kata Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng.

Niaga AWANI: Korporat | DNeX sumbang kepakaran pembangunan teknologi ke Turkiye
Dagang NeXchange Berhad (DNeX) melalui anak syarikatnya, SilTerra Malaysia Sdn Bhd memeterai perjanjian persefahaman bersama Tuyar, sebuah syarikat teknologi di Turkiye dalam usaha membangunkan ekosistem semikonduktor di negara itu. Pengarah Urusan Kumpulan DNeX, Tan Sri Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir berkata pihaknya akan membantu dari segi pembangunan teknologi selain berkongsi kepakaran pembangunan semikonduktor.

PGPF kecam kekerasan Israel terhadap sukarelawan flotila
PGPF antara lain menggesa rejim Israel segera menghentikan semua serangan dan penahanan sukarelawan Freedom Flotilla Coalition (FFC) serta membebaskan mereka tanpa sebarang pendakwaan.

Rakyat Malaysia bebas dari penjara Israel tiba di tanah air
"Malah garpu juga saya campak ke laut kerana tidak mahu tentera Israel berasa terancam," kata Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh.

Misi Al-Awda: Air mata isteri iringi kecaman terhadap Israel
Selain mengharapkan pembebasan segera suaminya, dia turut mengecam tindakan Israel merampas kapal tersebut.

Misi Al-Awda: Tahanan Malaysia tidak dipukul Israel
Perkara itu disahkan Ketua Pegawai Eksekutif Humanitarian Care Malaysia (MyCare) Kamarul Zaman Shaharul Anwar, hasil maklumat daripada kru Freedom Flotilla Coalition (FFC), awal pagi tadi.

Ahli misi Al-Awda dipukul, direnjat dengan elektrik
Berlaku juga insiden pendarahan apabila Israel memukul beberapa ahli misi yang tidak mahu memberi kerjasama.

Dua aktivis dari kapal Al-Awda dibebaskan
Mereka adalah ketua kapal Al-Awda, Zohar Chamberlain Regev, dan bekas kapten tentera udara Israel, Yonathan Shapira.

Malaysia bimbang keselamatan mereka atas kapal Freedom Flotilla
Kementerian Luar berkata pihak berkuasa Israel perlu memastikan kebajikan dan keselamatan mereka yang berada di atas kapal Al-Awda itu.

MyCare mahu PBB, pihak antarabangsa desak pembebasan 22 aktivis kapal Al-Awda
Tindakan merampas kapal Al-Awda dan membawa anak kapalnya masuk ke Israel secara paksa adalah satu rompakan dan penculikan.

Kapal Al-Awda sah ditawan Israel
Kapal yang membawa 22 aktivis, termasuk wakil tunggal Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Afandi Salleh, dipintas tentera laut rejim dan ditunda ke Pelabuhan Ashdod, Israel.

Kapal misi kemanusiaan dipercayai dirampas Israel berhampiran Gaza
Sebelum terputus hubungan komunikasi, ketua Kapal Al-Awda berkata mereka melihat empat kapal perang Israel sedang menghampiri mereka.