awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kedutaan Malaysia di Jepun nasihatkan pengembara berwaspada susulan cuaca buruk
Ribut tropika Basyang ragut 3 nyawa, lebih 390,000 orang terjejas di Filipina
Kerajaan rangka garis panduan kemudahan mesra OKU di semua masjid, surau - Zulkifli
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal didakwa milik syarikat Israel sudah bertukar hak milik - Loke

Bernama
Bernama
09/05/2024
08:00 MYT
Kapal didakwa milik syarikat Israel sudah bertukar hak milik - Loke
Menteri Pengangkutan Anthony Loke Siew Fook menyampaikan Amanat pada Majlis Erat Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan 2024 di kementeriannya hari ini. - Foto Bernama
PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan Anthony Loke hari ini menjelaskan bahawa kapal yang didakwa milik syarikat Israel dan menggunakan pelabuhan di negara ini sebenarnya sudah bertukar hak milik kepada sebuah syarikat lain berpangkalan di Hong Kong.
Beliau menegaskan pihaknya telah membuat pemeriksaan serta siasatan dan mendapati kapal terbabit didaftarkan di bawah ZIM Rotterdam sebelum ini.
"Tetapi mereka telah bertukar tangan dan kapal itu sekarang namanya ialah MV Rotterdam dan pemilikan kapal itu bukan ZIM Rotterdam tetapi di bawah syarikat GoldStar Line.
"Dasar kita ialah kita tetapkan dengan tegas syarikat perkapalan ZIM Rotterdam tak dibenarkan berlabuh di Malaysia, tetapi apabila kapal itu telah bertukar tangan milik syarikat lain, kita tak boleh menghalang (menggunakan pelabuhan dalam negara) kerana kita negara perdagangan," katanya kepada media selepas Majlis Erat Kasih Madani dan Perhimpunan Bulanan Kementerian Pengangkutan di sini hari ini.
Sebelum ini, laporan sebuah portal tempatan mendakwa kapal kargo milik syarikat Israel dikesan berlepas dari Malaysia minggu lepas, kurang lima bulan selepas Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan semua kapal milik rejim Zionis itu dilarang menggunakan pelabuhan di negara ini sebagai tanda solidariti kepada rakyat Palestin.
Pada 20 Dis lepas, kerajaan Malaysia memutuskan untuk tidak lagi menerima kapal yang menggunakan bendera Israel berlabuh di negara ini berkuat kuasa serta-merta.
Pada masa sama, Anwar dilapor berkata kerajaan juga mengenakan larangan kepada mana-mana kapal yang dalam perjalanan menuju ke Israel daripada memuatkan kargo di pelabuhan Malaysia.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Anthony Loke
#kapal yang didakwa milik syarikat Israel
#menggunakan pelabuhan di negara ini
#bertukar hak milik
#ZIM Rotterdam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan