awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram

Dagang News
Dagang News
01/11/2024
04:30 MYT
Kapal Maritim Malaysia terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram
KM Stapa terbakar ketika berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak malam tadi.
MIRI: Sebuah kapal peronda Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) yang berlabuh di Kuala Baram, Miri di Sarawak terbakar lewat malam tadi.
Jurucakap Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong berkata, kebakaran berlaku di geladak tengah ‘KM Stapa’.
“Panggilan kecemasan diterima oleh Bilik Kawalan Gerakan (PKO) BBP Lutong sekitar jam 11.35 malam dan sepasukan lima anggota segera dihantar ke lokasi.
“Setibanya di lokasi, kita dapati kebakaran yang bermula dari bahagian dek kedua itu sudah memusnahkan 40 peratus kapal.
"Tiada sesiapa yang cedera kerana kapal itu sedang dalam penyelenggaraan dan pembaikan ketika itu,” kata Ketua BBP Lutong Henry Jugah dalam satu kenyataan.
Anggota bomba menggunakan kaedah RECEO (menyelamat, mendedah, mengurung, memadam, dan baik pulih) menggunakan dua talian hos sepanjang 400 kaki dengan empat muncung, dan menggunakan sumber air terbuka untuk memadamkan api.
Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 1 pagi.
Selepas memastikan kawasan selamat dan api berjaya dipadamkan sepenuhnya, bomba menamatkan operasi pada jam 5.10 pagi. Punca kejadian dan nilai ganti rugi masih dalam siasatan. - DagangNews
Topic Berkaitan
#Maritim Malaysia
#kapal terbakar
#Sarawak
#kapal APMM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan